Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kewangan Sabah 2017 platform sampaikan khidmat kepada pelanggan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Karnival Kewangan Sabah 2017 adalah platform terbaik kepada CIMB Bank Berhad bagi menyampaik­an khidmat nasihat pengurusan kewangan kepada para pelanggan di sini.

Ketua Penjualan Runcit dan Pengagihan Pelanggan CIMB Bank Berhad Nor Azmi Md Yusof berkata, tujuan pihak bank menyertai karnival itu adalah khusus untuk memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai produk yang ditawarkan.

“Dalam karnival yang diadakan di sini dan Kuala Lumpur sebelum ini, kedatangan pengunjung adalah sangat menggalakk­an.

“Kebanyakan pengunjung datang untuk mendapatka­n nasihat, bertanyaka­n produk dan juga cara pengurusan kewangan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Karnival Kewangan Sabah 2017 di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, karnival itu menjadi satu platform terbaik kepada para pelanggan CIMB untuk datang mengetahui produk bank seperti pelaburan, pinjaman dan sebagainya.

Katanya, CIMB kini mempunyai perkhidmat­an atas talian yang sangat memberikan manfaat kepada para pengguna iaitu CIMB EVA atau Pembantu Maya.

“Selain itu, CIMB Klik juga telah dinaik taraf kepada versi 2.0 yang mana ianya akan menyediaka­n perkhidmat­an yang lebih lancar kepada semua pelanggan.

“Secara keseluruha­n pada karnival kali ini, kami memberikan tumpuan kepada sistem perbankan secara digital kepada orang ramai,” katanya.

Katanya, cara itu akan mengubah lanskap sistem perbankan di masa hadapan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, berdasarka­n bentuk muka bumi di keduadua negeri itu, adalah penting sistem secara digital digunakan secara optima memandangk­an cawangan bank tidak mungkin akan dibuka pada setiap kawasan khususnya luar bandar.

 ??  ?? NOR Azmi menunjukka­n applikasi CIMB EVA yang boleh dimuat turun ke telepon pintar masing-masing.
NOR Azmi menunjukka­n applikasi CIMB EVA yang boleh dimuat turun ke telepon pintar masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia