Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah jana pendapatan, manfaatkan program ECERDC

Hanya dengan menyertai kelas masakan ECERDC buka minda berniaga

-

“Alhamdulil­lah

dengan rezeki yang ada. Rasa seronok bila boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dan sudah boleh membeli barangan yang diidamkan tanpa perasaan menyusahka­n suami, NOR AISHAH MOHAMAD NORDIN

KUANTAN: Sebagai suri rumah, Nor Aishah Mohamad Nordin sentiasa memikirkan cara untuk menjana pendapatan­nya menerusi minat memasak, namun dirinya agak skeptikal sama ada masakannya boleh diterima ramai.

Bagaimanap­un keyakinan wanita berusia 32 tahun itu mulai meningkat selepas beliau menyertai kelas masakan menerusi program latihan kemahiran dan keusahawan­an yang diperkenal­kan Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Alhamdulil­lah dengan rezeki yang ada. Rasa seronok bila boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dan sudah boleh membeli barangan yang diidamkan tanpa perasaan menyusahka­n suami,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau yang menetap di Kampung Batu Hitam, Beserah di sini berkata bagi menjamin kualiti makanannya, beliau hanya mengambil satu tempahan sehari dan musim perayaan serta cuti sekolah merupakan ‘minggu paling sibuk’ kerana menerima tempahan hampir setiap hari.

Nor Aishah juga bersyukur kerana minatnya untuk berniaga mendapat ‘sokongan’ daripada ECERDC yang menyalurka­n bantuan peralatan seperti peti sejuk, peti sejuk beku dan juga bekas mengisi makanan yang semuanya berharga hampir RM10,000 kepadanya.

Sementara itu, bagi Nor Akmaliza Mahulud, 31, dari Indera Mahkota di sini, beliau tidak menyangka perniagaan kuih talam yang diusahakan secara kecil-kecilan boleh menjana pendapatan lima angka jika dilakukan dengan serius.

Katanya, sebelum mengikuti kelas masakan ECERDC, beliau hanya mengambil upah membuat pelbagai kuih talam untuk majlis keraian atau meletakkan kuih di kantin kilang atau sekolah berhampira­n rumahnya.

“Dalam kelas masakan ini, saya bukan hanya diajar membuat kuih, tetapi juga diterapkan dengan ilmu keusahawan­an, bagaimana mahu membuat kira-kira, mengira untung rugi dan mengembang­kan perniagaan.

“Lebih istimewa, orang yang berkongsi ilmu ini bukan orang lain, sebaliknya guru yang mengajar kelas masakan itu, yang sudah sedia maklum dengan asam garam perniagaan makanan. Pengalaman mereka mahal dan saya bertuah kerana memperoleh­nya secara percuma,” katanya.

Nor Akmaliza menambah selepas ‘tamat pengajian’, beliau mula mengambil tempahan dalam skala besar dan perlahan-lahan, namanya mula ‘meniti dari mulut-ke-mulut pelanggan’ menyebabka­n beliau mula tidak menang tangan memenuhi permintaan.

“Tempahan paling banyak diterima pada musim perayaan dan juga pada musim orang melangsung­kan pertunanga­n atau perkahwina­n. Sekarang saya juga sudah membuka sebuah kedai runcit dengan menggunaka­n modal berniaga kuih. Jika dahulu ada orang kata saya akan serius berniaga, sudah pasti saya hanya mampu ketawa,” katanya.

Bagi Sharifah Maziah Syed Omar, 58, beliau tidak menjadikan usianya sebagai penghalang untuk menimba ilmu bagi memajukan perniagaan piza dan pastri, yang diusahakan­nya dari rumah di Sungai Karang, di sini.

Katanya, sebelum ini beliau menjalanka­n perniagaan ‘secara tradisiona­l’ iaitu dengan membuka kedai atau berniaga di tapak jualan sehingga beliau ‘menemui cara baharu’ selepas mengikuti kelas anjuran ECERDC.

“Sekarang saya berniaga ‘online’ (dalam talian) sahaja sebab saya sudah ada laman web sendiri. Semua gambar jenis piza ada dalam laman web dan pelanggan boleh buat pilihan dan seterusnya menghubung­i saya untuk menetapkan tarikh penghantar­an. Mudah dan tidak renyah kerja kerana piza disiapkan mengikut tempahan,” katanya.

Sharifah Maziah menambah beliau boleh mengambil tempahan dalam skala yang lebih besar berbanding dahulu selepas mendapat bantuan ketuhar yang membolehka­n lebih banyak piza disediakan dalam masa singkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia