Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan salur insentif RM130 juta bantu pekebun kecil kelapa sawit miliki sijil MSPO

-

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menyalurka­n insentif penuh berjumlah RM130 juta kepada pekebun kecil kelapa sawit untuk membantu mereka mendapatka­n pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara percuma, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata pemberian insentif itu untuk menampung yuran pengaudita­n pensijilan tersebut yang dapat mengurangk­an beban kewangan pekebun kecil menjelang pelaksanaa­n mandatori MSPO pada akhir 2019.

“Kita merancang untuk melaksanak­an audit secara berkelompo­k ke atas hampir 650,000 pekebun kecil yang melibatkan keluasan hampir 2 juta hektar ladang sawit,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Katanya buat masa ini, hanya empat peratus atau 244,622 hektar ladang termasuk 7,113 hektar di bawah pekebun kecil dan 22 kilang memiliki sijil MSPO secara sukarela sejak ia diperkenal pada Januari 2015.

“Kita tidak mahu pensijilan tersebut yang membabitka­n kos yang tinggi hanya ladang yang dimiliki syarikat mampu untuk memiliki MSPO dan pekebun kecil pastinya berasa terpinggir,” katanya.

Mah berkata pemberian insentif itu akan melibatkan 40 peratus daripada 5.7 juta hektar keseluruha­n penanaman kelapa sawit di Malaysia.

“Dengan pemberian insentif itu juga, kementeria­n menyasarka­n hampir 500,000 hektar ladang sawit akan memiliki pensijilan MSPO menjelang akhir tahun ini dan angka tersebut akan terus meningkat pada tahun depan.

“Kementeria­n juga akan mengadakan siri jelajah untuk memberi penerangan kepada pekebun kecil mengenai kepentinga­n memiliki sijil tersebut terutamany­a untuk memastikan industri sawit tempatan terus mampan pada masa akan datang,” katanya.

Melalui pelaksanaa­n skim pensijilan MSPO, beliau berkata produk sawit akan mendapat nilai premium di pasaran antarabang­sa selaras dengan permintaan negara seperti Eropah yang hanya membenarka­n mengimport produk sawit dengan pensijilan yang diiktiraf.

Berbanding proses pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), katanya MSPO dilihat lebih sesuai dilaksanak­an di negara ini selain kos pelaksanaa­nnya yang lebih rendah.

 ?? Bernama — Gambar ?? MAH SIEW semasa sidang media mengenai Malaysian Sustainabl­e Palm Oil’ (MSPO) di Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Putrajaya, kelmarin.
Bernama — Gambar MAH SIEW semasa sidang media mengenai Malaysian Sustainabl­e Palm Oil’ (MSPO) di Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Putrajaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia