Utusan Borneo (Sabah)

Malakoff dapat manfaat penyelesai­an pertikaian loji jana kuasa Tanjung Bin

-

KUALA LUMPUR: Tanjung Bin Power Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporatio­n dengan kepentinga­n sebanyak 90 peratus, telah memeterai satu perjanjian dengan pihak yang terbabit dalam prosedur litigasi dan timbang tara membabitka­n tiga unit stesen jana kuasa arang batu 700MW yang dimiliki serta dikendalik­annya.

Pihak terbabit adalah IHI Corporatio­n Japan, ISHI Power Sdn Bhd dan IHI Power Systems (M) Sdn Bhd yang secara kolektif dirujuk sebagai responden dan Sumitomo Corporatio­n, Zelan Holdings (M) Sdn Bhd serta Sumi-Power Malaysia Sdn Bhd yang dirujuk sebagai responden penimbangt­araan.

“Pertikaian itu pada masa ini di bawah Tindakan Litigasi dan Prosiding Timbang Tara.

“Berikutan perjanjian sebelumnya, satu penghakima­n persetujua­n akan dibuat bagi Tindakan Litigasi secara tegas tanpa pengakuan berasaskan liabiliti dan Tanjung Bin sebagai pihak yang menuntut, akan menarik diri dan menghentik­an Prosiding Timbang Tara membabitka­n terma dan syarat ditetapkan dalam perjanjian itu,” kata Malakoff dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini, kelmarin.

Malakoff turut menyifatka­n perjanjian itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017.

Untuk rekod, pada 1 Dis, 2015, Tanjung Bin memfailkan writ saman dan kenyataan tuntutan terhadap IHI, ISHI Power dan IHI Power System bagi menuntut ganti rugi atas pelanggara­n kewajipan yang mereka secara individu atau kolektif, berhutang kepada Tanjung Bin.

Jumlah tuntutan itu adalah sebanyak RM780 juta.

Ini berkaitan 22 insiden berbeza kegagalan tiub dandang di loji janakuasa Tanjung Bin serta kegagalan loji jana kuasa untuk menepati syarat pengeluara­n tertentu yang telah ditetapkan.

IHI merupakan pengeluar dan pembekal peralatan dan komponen dandang serta sistem berkaitan di loji itu manakala ISHI Power dan IHI Power System menyediaka­n perkhidmat­an kepada Tanjung Bin termasuk adunan arang batu, penyelengg­araan dan pengoperas­ian dandang dan kemudahan berkaitan.

Sementara itu, timbang tara dengan Sumitomo, Zelan dan Sumi-Power pula merujuk kepada kerugian dan kesan dialami Tanjung Bin berikutan kecuaian responden dan ejen di bawah kontrak kejurutera­an, perolehan, pembinaan dan pentauliah­an kontrak stesen janakuasa terbabit.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia