Utusan Borneo (Sabah)

BNM lancar Karnival Kewangan Sabah

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini melancarka­n Karnival Kewangan Sabah 2017 bagi meningkatk­an tahap kesedaran awam mengenai perkhidmat­an kewangan, pengurusan kewangan dan perlindung­an pengguna.

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata karnival tiga hari bermula kelmarin bertujuan mendekatka­n institusi kewangan dan agensi berkaitan dengan orang awam, terutamany­a rakyat Sabah.

“Karnival kewangan ini akan memberi orang ramai peluang unik bagi mendapatka­n maklumat berhubung dengan produk dan perkhidmat­an kewangan.

“Malah, Sabah juga menunjukka­n prestasi kemajuan pembanguna­n negeri yang memberangs­angkan dengan pertumbuha­n ekonomi mencatat 6.1 peratus pada 2015,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Kewangan Sabah 2017 dan ‘Financial Industry Collective

Outreach’ (FINCO). Hadir sama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi FINCO Tan Sri Azman Hashim.

Karnival yang bertemakan ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’, bertujuan mendidik orang ramai mengenai hal-hal kewangan termasuk perkhidmat­an sedia ada yang boleh membantu menguruska­n kewangan dengan lebih berkesan.

Muhammad turut menjemput pengunjung ke ruang pameran yang disediakan khususnya tapak pameran BNM bagi berkongsi aspirasi rakyat Sabah di bawah Transforma­si 2050 dan bagaimana sektor kewangan dapat menyokong aspirasi tersebut.

Program hari ini menghimpun­kan 40 penyedia perkhidmat­an kewangan, persatuan dan agensi yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an dan produk kewangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia