Utusan Borneo (Sabah)

Sabah berazam tingkat pencapaian

Dalam penyertaan 10 jenis sukan Fasa Dua MSSM di Semenanjun­g, 5 – 11 Ogos

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Majlis penyerahan bendera Sabah kepada kontinjen bola sepak Sabah ke Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) berlangsun­g di Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh di sini pada Rabu.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Ranau Siti Hamni Hashim mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menyempurn­akan penyerahan bendera Sabah kepada ketua kontinjen MSS Sabah, Mozainie Yukin yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Ranau.

Berucap pada majlis itu, beliau( Siti Ham ni) berkata para pemain perlu mempamerka­n kesungguha­n dan semangat juang serta keyakinan yang tinggi untuk melakukan yang terbaik demi kejayaan pasukan dan kontinjen Sabah.

Katanya, kerjasama sepasukan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan para pegawai dan semua pemain sudah pasti mampu menghadiah­kan pingat-pingat yang berkilau gemilang untuk Sabah.

Siti Hamni turut menasihati para pemain agar mematuhi arahan para jurulatih dengan dengan penuh disiplin serta menjaga adab serta tatatertib semasa berada dalam arena pertanding­an itu kerana mereka juga umpama ‘duta kecil’ untuk Sabah.

“Ketika berada di sana (Pahang) sepanjang perlawanan, para pemain seharusnya fokus kepada disiplin permainan dan bermain dengan penuh semangat kesukanan.

“Jika ini dapat dilakukan sudah pasti kemenangan menjadi milik kita sekali gus mengharumk­an seluruh negeri Sabah dengan kilauan pingat gemilang untuk kontinjen MSS Sabah”, ujar Siti Hamni menyuntik semangat dan motivasi para pemain.

Beliau juga turut mengingatk­an kepada beberapa pemain yang bakal menduduki peperiksaa­n atau ujian penilaian akademik penting tahun ini seperti UPSR, PT3 dan SPM agar bijak mengatur masa dan mencari ruang untuk mengulangk­aji pelajaran.

“Penglibata­n dalam sukan (bola sepak) dan kokurikulu­m, biar seiring dengan kecemerlan­gan akademik”, katanya.

Kontinjen bola sepak MSS Sabah seramai 66 orang terdiri daripada tiga pasukan lelaki iaitu bawah 18, 15 dan 12 tahun kini sedang menyertai kejohanan bola sepak MSSM di Pahang Darul Makmur bermula 5 hingga 11 Ogos ini.

Seramai 51 pemain iaitu masing-masing 18 pemain bagi pasukan kategori 18 dan 15 tahun (sekolah menengah), manakala bawah 12 tahun (sekolah rendah) hanya diwakili 15 pemain berdasarka­n format pertanding­an sembilan sebelah.

Kontinjen MSS Sabah turut melibatkan seramai 15 pegawai termasukla­h Penolong Penyelaras, Abdul Rahman Wahab yang juga Penyelia Kanan Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah, Pengerusi Teknik (PT) Bola Sepak Sofian Mansah dan para pengurus dan jurulatih setiap pasukan.

Kesemua 51 pemain bola sepak MSS Sabah yang diiringi 15 pegawai kontinjen diketuai Mozainie Yukin telah bersiap sedia mengharung­i cabaran dan mempamerka­n aksi permainan yang hebat setelah menjalani latihan pusat di Ranau sebelum bertolak ke Pahang.

Pasukan bawah 18 tahun menjalani latihan intensif di Padang SMK Ranau di bimbing jurulatih Zafly Kiot dari SMK Benoni Papar sambil dibantu penolong jurulatih, Macklayton K. Yon dari SMK Ranau, manakala Majus Munsing (SMK Mat Salleh Ranau) bertindak selaku pengurus pasukan.

Pasukan bawah 15 tahun pula menjalani latihan pusat di Padang SMK Lohan, dibimbing jurulatih Sophan Ronny Shamiun (SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang), dibantu penolong jurulatih Boby Ricardo Jamineh (SMK Beluran) manakala pengurus pasukan bawah 15 tahun ialah Ladius Machi yang juga Penyelia Sukan PPD Ranau.

Padang SMK Mat Salleh merupakan lokasi latihan pusat bagi pasukan bawah 12 tahun yang dibimbing jurulatih Noris Sabtari (di SK Likas Kota Kinabalu) sambil dibantu penolong jurulatih, Juzaidy Selamat dari SK Merotai Besar Tawau, manakala Haqir Al-Hafiz Saprin (SK Pekan 2 Ranau) bertindak selaku pengurus pasukan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Kanan (PPK) merangkap Ketua Unit Sukan SPK JPN Sabah, Zainal Madi berkata, sebanyak 10 jenis sukan Fasa Dua kini sedang berlangsun­g serentak (5 – 11 Ogos) di beberapa negeri di Semenanjun­g.

Selain bola sepak, sukan hoki dan catur MSSM turut berlangsun­g di Pahang, tenis dan sofbol di Johor, bola jaring dan tenpin boling di Kedah, memanah dan bola baling di Terengganu, manakala kejohanan golf MSSM berlangsun­g di Putrajaya.

Untuk rekod, Sabah mencipta kejutan apabila hampir menjuarai Kejohanan Bola Sepak kategori bawah 15 tahun MSSM 2016 yang berlangsun­g di Stadium Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Sabah muncul naib juara kejohanan itu selepas tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan tuan rumah, Selangor pada perlawanan akhir, manakala pasukan bawah 12 tahun MSS Sabah tahun lalu menduduki tempat keempat selepas tewas kepada pasukan Selangor pada perebutan tempat ketiga.

Sabah tidak menghantar pasukan bola sepak bawah 18 tahun lalu, namun pada tahun 2017 ini pasukan Sabah berjaya menghantar ketigatiga pasukan dengan matlamat meraih kemenangan.

Zainal berkata, kontinjen MSS Sabah telah membuat persiapan rapi sebelum bertolak ke MSSM dan berharap prestasi pencapaian kali terus meningkat berbanding tahun lalu.

“Kita berazam bukan sahaja mengulangi pencapaian tahun lalu khasnya bola sepak, tetapi kita mahu muncul juara sekurang-kurangnya satu kategori”, katanya ketika dihubungi Utusan Borneo.

Sementara itu, pencapaian pasukan Sabah tahun lalu turut diceriakan dengan kejayaan penjaga gol Sabah, Fahmi Ikhwan Muhd Azmi dari SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan itu (bawah 15 tahun).

Para pemain perlu mempamerka­n kesungguha­n dan semangat juang serta keyakinan yang tinggi untuk melakukan yang terbaik demi kejayaan pasukan dan kontinjen Sabah. Kerjasama sepasukan dan komitmen yang tinggi dalam kalangan para pegawai dan semua pemain sudah pasti mampu menghadiah­kan pingat-pingat yang

Sabah.” berkilau gemilang untuk SITI HAMNI HASHIM Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

 ??  ?? SITI HAMNI (empat kiri) mewakili Pengarah JPN Sabah menyerahka­n bendera Sabah kepada kontinjen bola sepak MSS Sabah ke MSSM di Pahang.
SITI HAMNI (empat kiri) mewakili Pengarah JPN Sabah menyerahka­n bendera Sabah kepada kontinjen bola sepak MSS Sabah ke MSSM di Pahang.
 ??  ?? PENGURUS bola sepak B18 MSS Sabah Majus Munsing menyerahka­n cenderamat­a kepada Siti Hamni sambil saksikan Mozainie dan Ladius (dua kiri) serta para pengurus dan jurulatih pasukan.
PENGURUS bola sepak B18 MSS Sabah Majus Munsing menyerahka­n cenderamat­a kepada Siti Hamni sambil saksikan Mozainie dan Ladius (dua kiri) serta para pengurus dan jurulatih pasukan.
 ??  ?? SITI HAMNI (tengah) bersama pegawai, jurulatih dan pemain bawah 18 tahun MSS Sabah.
SITI HAMNI (tengah) bersama pegawai, jurulatih dan pemain bawah 18 tahun MSS Sabah.
 ??  ?? ZAINAL Madi (berdiri 11 dari kiri) bersama pasukan memanah sebelum berlepas ke Terengganu.
ZAINAL Madi (berdiri 11 dari kiri) bersama pasukan memanah sebelum berlepas ke Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia