Utusan Borneo (Sabah)

SBA terharu kehadiran Presiden BAM

-

KOTA KINABALU: Terpahat satu sejarah Persatuan Badminton Sabah (SBA) dengan kehadiran Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria semasa Mesyuarat SBA 04/2017 yang diadakan petang Jumaat di Bilik Mabul, Marina Court, di sini.

Terdahulu sebelum itu, Norza juga berkesempa­tan menghadiri Bengkel SBA bersama Persatuan Badminton Daerah di venu yang sama.

Menurut Presiden SBA Janih Bangud ketika ditemui berkata, intipati bengkel pada pagi itu ialah taklimat daripada Pesuruhjay­a Sukan, MSN dan ISN.

Katanya, program ini juga merupakan program yang julung-julung kali dan yang pertama kali diadakan di bawah kalendar SBA tahun ini.

“Adalah diharapkan setiap wakil dari persatuan badminton daerah dapat manfaat dan ilmu pengetahua­n khusus dalam pengurusan pentadbira­n persatuan di daerah masingmasi­ng,” jelasnya.

Dalam Mesyuarat Majlis SBA yang dipengerus­ikan oleh Janih, beberapa perkara yang disentuh mengenai beberapa kejohanan antaranya persiapan bagi menghadapi kejohanan remaja berpasukan antara negeri bawah 12 & 16 tahun, Kejohanan Tertutup Sabah, Kejohanan Remaja Antara Zon dan sebagainya.

Dalam pada itu Norza dalam ucapannya mengharapk­an agar kepimpinan SBA dan BAM dalam mencari bakat baru untuk diketengah­kan berterusan.

Selain itu katanya, beliau juga akan melaksanak­an Liga Remaja Kebangsaan AirasiaBAM yang akan diadakan pada bulan September hingga November 2017 bawah umur 18 tahun berformatk­an Piala Thomas dan Piala Uber yang mana lebih 5,000 pelajar di seluruh negara terlibat.

Katanya , juara akan ke peringkat elit liga kebangsaan yang akan diadakan pada bulan DisJan 2018 (home – away).

Sementara hadiah berupa wang tunai dan pemenang secara automatik akan dimasukan dalam akademi di Bukit Kiara.

Dalam masa sama, pihak BAM juga akan mengadakan Liga Profesiona­l peringkat negeri dan kelab mengikut division.

Beliau juga menekankan agar setiap pemain harus mempunyai disiplin yang tinggi dan mental serta fizikal yang kuat.

“Ini adalah aspek yang utama dalam melahirkan pemain yang berkualiti dan mampu bersaing diperingka­t dunia,” jelasnya.

 ??  ?? PENGERUSI Teknikal SBA Ag.Damit @ Buchu (kanan) sempat merakamkan gambar bersama Norza, Janih dan Mohd Tamin.
PENGERUSI Teknikal SBA Ag.Damit @ Buchu (kanan) sempat merakamkan gambar bersama Norza, Janih dan Mohd Tamin.
 ??  ?? JANIH menyampaik­an cenderahat­i kepada Ketua ISN Negeri Sabah Puan Ain.
JANIH menyampaik­an cenderahat­i kepada Ketua ISN Negeri Sabah Puan Ain.
 ??  ?? NORZA, Janih, Tamin merakamkan gambar bersama Ahli Majlis SBA.
NORZA, Janih, Tamin merakamkan gambar bersama Ahli Majlis SBA.
 ??  ?? JANIH, Norza merakamkan gambar bersama peserta bengkel.
JANIH, Norza merakamkan gambar bersama peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia