Utusan Borneo (Sabah)

Monaco beri amaran awal Menang 3-2 ke atas Toulouse, ketibaan Neymar sertai PSG tidak gentarkan mereka

-

PARIS: Pemain Brazil Neymar mungkin mendominas­i tajuk berita utama dan memberi harapan baharu kepada Paris Saint-Germain (PSG) tetapi Monaco menunjukka­n mereka tidak akan menyerahka­n mahkota Ligue 1 mereka dengan mudah apabila mereka menang 3-2 ke atas Toulouse pada Sabtu.

PSG menjangka Neymar akan membantu mereka untuk mencapai bukan sahaja kejayaan domestik tetapi juga kejayaan di Eropah ekoran perpindaha­nnya yang sensasi dari Barcelona.

Namun Monaco adalah juara dan membuktika­n dalam perlawanan pembukaan mereka dalam Ligue 1 bahawa mereka akan memberikan cabaran yang menggerunk­an kepada kelab Paris yang kaya-raya itu dengan gol-gol dari Jemerson dari Brazil, Radamel Falcao dari Colombia dan Kamil Glik dari Poland untuk membolehka­n mereka kembali dua kali selepas ketinggala­n dan merampas tiga mata.

Toulouse mengancam untuk merosakkan parti apabila mereka dua kali berada di hadapan, yang pertama pada minit keenam.

Dalam apa yang kelihatan seperti rutin tendangan sudut yang tidak begitu menjadi, Andy Delort terpaksa berundur keluar dari kotak penalti untuk menolak bola ke dalam zon bahaya dengan dadanya, di mana Zinedine Machach yang tidak dikawal ada masa untuk berpusing dan merembat voley di hadapan Danijel Subasic.

Monaco mungkin terpaksa menjual beberapa bintang dalam jendela perpindaha­n pada musim panas, dengan Benjamin Mendy, Tiemoue Bakayoko dan Bernardo Silva yang telah mencari cabaran baharu, tetapi ada sebab kenapa mereka adalah penjaring terbanyak dalam Ligue 1 dengan kadar hampir tiga gol dalam satu perlawanan pada musim lepas.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mencari rentak apabila Thomas Lemar menyaksika­n rembatanny­a disekat di pinggir kotak penalti sebelum Kylian Mbappe – sasaran Real Madrid yang dapat mencapai jumlah yang dekat dengan nilai Neymar – dinafikan dari sudut kecil oleh penjaga gol Alban Lafont.

Mbappe sepatutnya meraikan gol pertamanya bagi musim ini pada minit ke-19 tetapi Kelvin Amian lari balik untuk memintas bola hantaran lintang oleh Falcao dan menghalang bintang remaja itu daripada menolak masuk bola ke dalam gawang.

Bagaimanap­un jaringan tiba pada minit ke-28, dan dengan gaya yang mudah, apabila pemain pertahanan tengah Jemerson menanduk bola tendangan sudut dari Joao Moutinho ke dalam gawang, manakala pertahanan Toulouse hanya mampu melihat bola sahaja.

Falcao, kapten Monaco, terlibat dalam seluruh permainan, tetapi tumpuannya tersasar apabila dia melakukan tandukan yang melepasi palang, menyaksika­n rembatan kaki kirinya disekat, dan merembat tendangan percuma dengan liar ke tempat duduk penonton.

Monaco meneruskan asakan selepas waktu rehat dengan Lemar yang memaksa Lamont untuk bertindak cemerlang bagi menyelamat­kan tendangan percuma yang cantik.

Namun satu lagi kesilapan berlaku apabila pemain yang dilaporkan menjadi sasaran Chelsea, Djibril Sidibe, melepaskan bola dengan mudah kepada Jimmy Durmaz, yang melorongka­n bola kepada Delort yang berpusing dalam kotak penalti dan merembat masuk bola ke dalam tiang kanan Subasic.

Lapan minit selepas babak kedua bermula, Monaco sekali lagi ketinggala­n.

Namun mereka tidak menunggu lama apabila Falcao menjaringk­an gol sewajarnya bagi kerajinann­ya, walaupun tidak tepat, pada minit ke-58, selepas berjaya menangkis cabaran Francois Moubandje untuk merembat masuk bola hantaran lintang Jorge.

Mbappe sentiasa menjadi duri dalam daging di sebelah kiri tetapi bola terakhirny­a sering tidak memuaskan hati, manakala Amian memastikan dengan satu asakan yang keras bahawa bintang remaja itu tidak akan dibiarkan bermain dengan mudah.

Namun sementara Toulouse bertahan dengan kuat kebanyakan waktu, mereka ternyata lemah dalam pertarunga­n di udara dan gol tandukan ketiga meletakkan Monaco di hadapan apabila pemain pertahanan tengah Glik berjaya mencapai bola dari tendangan percuma Moutinho yang tinggi untuk mengeliruk­an Lamont.

Pemain gantian Guido Carrillo dapat menjamin kemenangan dalam masa tambahan dari bola hantaran lintang oleh seorang lagi pemain gantian Allan SaintMaxim­in tetapi Lafont menjaga gawang dengan baik untuk menyekat rembatan pemain dari Argentina itu.

 ??  ?? FALCAO (kanan) menjaringk­an gol kedua untuk Monaco ketika menewaskan Toulouse pada Sabtu. - Gambar REUTERS
FALCAO (kanan) menjaringk­an gol kedua untuk Monaco ketika menewaskan Toulouse pada Sabtu. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia