Utusan Borneo (Sabah)

Elak bermula dari ‘kosong’

Jelius mula rancang musim depan Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sabah sudah boleh mula memikirkan perancanga­n musim depan selepas sah selamat dari zon penyingkir­an dengan kemenangan 2-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Proton, Tanjung Malim, Perak pada Jumaat.

Sebab itu, ketua jurulatih, Jelius Ating (gambar) berkata, rehat panjang liga bukan sahaja akan dimanfaatk­an mempersiap­kan pasukan menghadapi baki tiga perlawanan yang akan bersambung pada 19 September tetapi juga untuk saingan musim depan.

“Di samping membuat persiapan bagi menghadapi baki tiga perlawanan liga, saya juga akan memanggil beberapa pemain dari Piala Presiden, Piala Belia dan Piala FAM (KDMM FC) menyertai latihan bersama pasukan.

“Pemain yang dipanggil menjalani latihan tidak semestinya akan diserapkan dalam pasukan. Ini hanya macam pemilihan awal. Kalau sesuai dan menepati keperluan pasukan, ia akan beri mereka peluang baik kepada mereka sarung jersi Sabah musim depan.

“Rehat panjang seperti ini sewajarnya dimanfaatk­an untuk menguji pemain tempatan dari Piala Presiden, Piala Belia dan Piala FAM, kerana semua wakil kita (Sabah) dalam saingan itu sudah menamatkan kempen.

“Perancanga­n dan persiapan awal untuk musim depan ini penting agar kita tidak bermula dari kosong semula pada musim baharu nanti. Maknanya, apabila musim ini selesai, kita sudah ada pasukan untuk musim depan dan bukannya bermula dari kosong semula dalam pembentuka­n pasukan.

“Kalau sudah bina pasukan lebih awal, kita juga akan tahu mana-mana kekosongan jika ada untuk diisi pemain dari luar,” kata Jelius ketika dihubungi pada Sabtu.

Sama ada dikekalkan atau tidak sebagai ketua jurulatih musim depan, bukan isu katanya.

“Sekarang saya ada di posisi ini dan saya rasa ada tanggungja­wab untuk itu. Tidak kira siapa yang akan memikul tugas jurulatih nanti tetapi kita tidak mahu pasukan ini bermula dari kosong semula.

“Saya manfaatkan sepenuhnya keberadaan saya sekarang ini supaya ada perubahan,” katanya.

Katanya, bercakap mengenai perancanga­n untuk musim depan bukan bermakna baki tiga perlawanan dalam saingan liga musim ini tidak penting lagi.

“Bagi saya, baki tiga perlawanan itu tetap sangat penting untuk dimenangi. Dalam apa juga kejohanan, kita mesti cuba untuk menang setiap perlawanan tidak kira di mana kedudukan kita.

“Kita akan cuba menangi semua baki perlawanan itu. Ini penting bukan sahaja untuk cuba mengukuhka­n lagi kedudukan tetapi bagi mengembali­kan kepercayaa­n penyokong bola sepak negeri ini bahawa kita boleh menjadi pencabar utama musim depan,” kata Jelius.

Menurutnya, mentaliti mahu menang adalah antara masalah dalam pasukan sekarang.

“Kadang-kadang pemain kita sekarang ini tidak kuat mentaliti mahu menang. Sebab itu, prestasi mereka tidak konsisten. Kita mahu mereka sentiasa dahagakan kemenangan dan nampaknya sudah ada perkembang­an positif sejak saya bersama pasukan,” katanya.

Jelius adalah ketua jurulatih kedua musim ini yang dinaikkan dari skuad Piala Belia dalam usaha menyelamat­kan Sabah dari zon penyingkir­an ekoran prestasi merudum Sabah di bawah kendalian jurulatih sebelumnya, Steve Vilmiare.

Lapan perlawanan di bawah Steve menyaksika­n Sabah bergelut di zon penyingkir­an selepas hanya mengutip empat mata dari satu kemenangan dan satu seri manakala enam lagi kalah.

Jelius bagaimanap­un berjaya mengubah keadaan itu apabila Sabah menambah 20 mata dari 11 perlawanan dengan rekod enam menang dua seri dean tiga kalah.

Kemenangan ke atas ATM dua hari lalu juga melebarkan rekod tanpa kalah Sabah kepada empat perlawanan berturut-turut iaitu pencapaian terbaik Sabah setakat ini.

Kemenangan itu menyaksika­n Sabah naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dengan 24 mata.

“Memang sukar sudah mengejar pasukan di atas mereka telah jauh meninggalk­an kita dari awal. Tetapi kita tetap akan cuba habis-habisan kutip mata maksima dari baki tiga perlawanan dan lihat apa yang terjadi.

“Kalaupun tidak dapat memintas pasukan di atas, sekurang-kurangnya kita tidak dipintas pasukan di bawah,” katanya.

Beliau berkata, pasukan diberi rehat 10 hari sebelum kembali berlatih dan seterusnya meneruskan cabaran bermula menentang Perlis di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 19 September.

Perancanga­n dan persiapan awal untuk musim depan ini penting agar kita tidak bermula dari kosong semula pada musim baharu nanti. Maknanya, apabila musim ini selesai, kita sudah ada pasukan untuk musim depan dan bukannya bermula dari kosong semula dalam pembentuka­n pasukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia