Utusan Borneo (Sabah)

Neymar bersedia untuk cabaran lebih besar

-

PARIS: Neymar diperkenal­kan sebagai pemain Paris SaintGerma­in (PSG) pada Sabtu ekoran perpindaha­n rekod dunianya yang sensasi dan menyatakan dia meninggal Barcelona bukan untuk wang tetapi “cabaran lebih besar” di Perancis.

Superstar Brazil berusia 25 tahun itu terbang ke lapangan terbang Le Bourget, timur laut Paris, dengan sebuah jet peribadi pada pagi Sabtu sebelum dia menuju ke bandar raya dalam satu konvoi kereta.

Dia diperkenal­kan kepada media antarabang­sa di stadium PSG, Parc des Princes, sejurus selepas jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dalam penampilan terbuka pertamanya sejak membeli keluar kontraknya di Barcelona dengan bayaran rekod dunia 222 juta euro (RM1.07 bilion) pada Khamis lepas.

“Saya mahu sesuatu yang lebih besar, cabaran yang lebih besar. Saya di sini untuk memberikan yang terbaik dan membantu kelab memenangi kejuaraan,” kata Neymar, yang menandatan­gani kontrak selama lima tahun bersama kelab milik Qatar itu yang dijangka bernilai 30 juta euro (RM144 juta) bersih setahun.

Dia menegaskan dia telah datang ke Perancis “demi citacita kelab, yang sangat sama dengan cita-cita saya”.

Namun Neymar mengakui meninggalk­an Barcelona, di mana dia menjadi sebahagian daripada trio serangan yang berbisa dengan Lionel Messi dan Luis Suarez, bukanlah keputusan yang dia ambil ringan.

“Ia adalah salah satu keputusan saya yang paling sukar. Di Barcelona, saya telah menyesuaik­an diri dengan baik kepada bandar raya tersebut dan pasukan. Saya ada kawan di sana dan ia tidak mudah,” katanya.

“Ia adalah masa yang tegang, memikirkan apa yang saya harus buat dalam hidup saya. Saya meninggalk­an ramai rakan, tetapi keadaan berjalan dengan begitu cepat dalam bola sepak.”

Neymar diperkenal­kan kepada penyokong PSG pada Khamis sebelum perlawanan pertama pasukan baharunya bagi musim Ligue 1 menentang kelab yang dinaikkan ke liga utama, Amiens.

Satu majlis bermula dari jam 3.45 petang (waktu tempatan) manakala sepak mula dilewatkan sesuku jam kepada 5.15 petang untuk membolehka­n masa tambahan bagi memperkena­lkan pemain itu kepada penonton yang dijangka melebihi 45,000 orang.

Neymar merasai apa yang akan berlaku pada masa depan apabila dia melangkah keluar dari Parc des Princes kelmarin dengan memakai jersi pasukan baharunya, dan disambut oleh ratusan penyokong yang teruja.

Neymar, yang bermain kali terakhir untuk Barcelona dalam satu perlawanan persahabat­an menentang musuh ketat Real Madrid pada hujung minggu lepas di Miami, menegaskan dia bersedia untuk membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan menentang Amiens.

“Saya sentiasa mahu bermain, jadi saya bersedia untuk berbuat demikian esok. Saya telah berlatih pada pramusim. Saya berhenti selama dua hari, tetapi saya bersedia, saya sudah melihat padang dan saya mahu memakai jersi PSG dan bermain,” katanya.

Pada Khamis lepas, badan yang mentadbir liga Perancis, LFP, berkata ia akan berusaha untuk memastikan kontrak Neymar disahkan “secepat mungkin”.

Dengan 30 juta euro setahun, kontrak itu akan menjadikan Neymar pemain dengan pendapatan kedua tertinggi di dunia – di belakang Carlos Tevez dan pendapatan­nya sebanyak 38 juta euro (RM182.4 juta) setahun di Shanghai Shenhua di China tetapi di hadapan gaji tahunan Cristiano Ronaldo sebanyak 23.6 juta euro (RM113.3 juta) di Real Madrid.

Bayaran perpindaha­n itu memecah rekod dunia lama bagi 105 juta euro (RM504 juta) yang dicipta oleh Manchester United ketika mereka menandatan­gani pemain tengah Perancis, Paul Pogba, pada tahun lepas dari Juventus.

Ia adalah jumlah yang tidak dapat dibayangka­n, tetapi jumlah yang menurut presiden PSG Nasser Al-Khelaifi akan lambatlaun kelihatan murah bagi pemain yang menduduki tempat ketiga dalam anugerah Ballon d’Or pada 2015 di belakang Messi dan Ronaldo.

“Tidak ada dua Neymar di dunia. Saya suka sekali jika kita berjumpa lagi dalam masa dua tahun dan melihat berapa nilainya nanti jika dibandingk­an pada hari ini. Sekurang-kurangnya dua kali ganda,” kata Al-Khelaifi.

Impak ketibaan Neymar dapat dilihat pada awal pagi kelmarin di Champs Elysees di Paris, di mana lebih 1,000 peminat berbaris di luar sebuah kedai super kelab untuk mendapatka­n jersi PSG yang tertera nama dan nombor Neymar di belakang.

Di atas padang, PSG berharap Neymar, yang akan memakai jersi nombor 10 yang dikosongka­n setahun lalu oleh Zlatan Ibrahimovi­c, dapat membantu mereka memenangi semula kejuaraan Ligue 1 yang dirampas oleh Monaco pada musim lepas, selain akhirnya menjulang piala Liga Juara-Juara.

 ??  ?? NEYMAR bergambar bersama jersi baharunya semasa majlis memperkena­lkan beliau sebagai pemain baharu PSG di stadium Parc des Princes pada Sabtu. - Gambar AFP
NEYMAR bergambar bersama jersi baharunya semasa majlis memperkena­lkan beliau sebagai pemain baharu PSG di stadium Parc des Princes pada Sabtu. - Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia