Utusan Borneo (Sabah)

PENTOWA dapat sumbangan Francis sertai kejohanan tarik tali di Singapura

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Persatuan Tarik Tali Penampang (PENTOWA) mendapat suntikan semangat apabila mendapat sumbangan dana daripada Datuk Francis Goh bagi menyertai Kejohanan Tarik Tali Dalam Dewan Asia 2017 di Singapura pada 12-13 Ogos.

Selain memberikan sumbangan kewangan, Ketua Bahagian MCA Penampang itu turut datang menyaksika­n pasukan berlatih.

“Kami amat berterima kasih kepada Datuk (Francis) dan berharap lebih ramai tampil menghulurk­an tajaan bagi meringanka­n beban kos perbelanja­an kami menyertai kejohanan berprestij ini,” kata pengurus pasukan, Rainold J Mokujin.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan itu pejabat Kinsabina Holding, Penampang iaitu sayrikat hartanah dan pemaju perumahan di mana Francis adalah Ketua Pegawai Eksekutifn­ya (CEO).

Pasukan itu turut mendapat sokongan daripada Ketua PBS Kepayan, Nicholas Pisol, Ketua Pemuda UPKO Penampang, Pancratius Pudin dan Kadazan Task Force, Adelaide Cornelius.

“Sumbangan dan tajaan ini tentunya satu suntikan moral kepada kami menghadapi pasukan-pasukan handalan Asia pada kejohanan itu nanti.

“Antara pasukan yang bertanding pada kejohanan yang julung kali diadakan di Singapura itu adalah Chinese Taipeh, Korea, China, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Cambodia dan pasukan tuan rumah,” kata Rainold.

Beliau berkata, PENTOWA akan cuba memberikan yang terbaik untuk mencapai kedudukan terbaik yang termampu.

Menurutnya, PENTOWA dibarisi penarik-penarik berpengala­man termasuk sebahagian besar yang menjulang Sabah selaku juara pada Sukan Umno peringkat kebangsaan tahun ini.

Beliau berkata, PENTOWA dibarisi gabungan atlet dari Penampang, Kudat dan Kota Marudu.

“Selepas kejohanan di Singapura, kami mensasarka­n Kejohanan Terbuka Antarabang­sa sempena Tour De Langkawi pada 7-10 Disember,” kata Rainold.

 ??  ?? RAINOLD menerima sumbangan daripada Francis (empat dari kiri) untuk PENTOWA di Kinsabina Holding, Penampang pada Sabtu.
RAINOLD menerima sumbangan daripada Francis (empat dari kiri) untuk PENTOWA di Kinsabina Holding, Penampang pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia