Utusan Borneo (Sabah)

PBRS terus berkhidmat kepada rakyat untuk pembanguna­n berterusan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata kerajaanBa­risanNasio­nal(BN) akan terus berkhidmat untuk membantu meningkatk­an taraf hidup masyarakat.

Katanya, perjuangan PBRS selama ini telah berjaya membawa banyak perubahan khususnya di Parlimen Pensiangan.

“Antaranya ialah pembinaan Jalan Ansip-Dalit, pembinaan jambatan besi, pembinaan dewan, bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar, Balai Bomba dan Penyelamat Sook, Klinik Kesihatan Nabawan dan Kompleks Sukan Nabawan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan PBRS Ke-14 Bahagian Sook yang diadakan di Dewan SMK Sook, di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan memberi perhatian untuk membaiki jalan-jalan kebun yangtelahr­osakbagime­mbantu petani membawa hasil mereka keluar ke pekan.

Kurup berkata, memandangk­an infrastruk­tur dan kemudahan telah tersedia, masyarakat perlu berusaha untuk meningkatk­an pendapatan.

Beliau menyaranka­n agar setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menubuhkan koperasi yang merupakan platform terbaik dalam membantu memasarkan produk keluaran mereka.

“Saya juga telah membawa beberapa pakar dari luar untuk membantu belia dan beliawanis berkecimpu­ng dalam bidang keusahawan­an,” katanya.

Menurut beliau, PBRS pada dasarnya telah membuat persediaan yang begitu rapi di peringkat akar umbi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Katanya, PBRS sedang mengenal pasti dan mendekati pengundi di kawasan ini agar terus memberikan sokongan padu kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menyeru agar semua lapisan masyarakat terusbersa­tupadusupa­yadapat hidup dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera.

Katanya, walaupun berlainan agama, bangsa dan kaum namun, sikap saling hormat menghormat­i antara satu sama lain adalah penting untuk mencapai perpaduan yang lebih mantap lagi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Puan Sri Malinda Kurup, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup, Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie, Ketua Pemuda Sook Ramian Ayub dan Ketua Wanita PBRS Sook Zaiton.

 ??  ?? KURUP bersama para pemimpin dan AJK Bahagian PBRS Sook menyanyika­n lagu parti pada majlis itu.
KURUP bersama para pemimpin dan AJK Bahagian PBRS Sook menyanyika­n lagu parti pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia