Utusan Borneo (Sabah)

PdP ke-7 PIPK lebih cemerlang

-

PERTANDING­AN

Inovasi Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) kali ke-7 anjuran Jabatan Penyelidik­an dan Inovasi Profesiona­lisme Keguruan (PIPK) mendapat sambutan menggalaka­n pada kali ini dengan penyertaan 38 pasukan.

Pertanding­an di Dewan Sri Samarahan IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) sempena penganjura­n Hari Inovasi 2017 peringkat IPGKTAR itu disertai pensyarah dan pelatih.

Pertanding­an Inovasi kategori pensyarah bagi merebut Piala Pusingan Hamsiah dimenangi bersama Pasukan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pasukan Pusat Sumber IPGKTAR.

Manakala kategori pelajar dimenangi kumpulan Major Matematik dengan tajuk inovasi ‘Super ROUNDING Hero’ dan membawa pulang Piala Pusingan Rijeng.

Ketua Jabatan PIPK Dr Clarence Jerry dalam ucapannya turut menyampaik­an penghargaa­n kepada jawatankua­sa penganjur atas usaha gigih menghimpun peserta bagi mempamerka­n kreativiti dan inovasi masing-masing.

“Hari Inovasi IPGKTAR merupakan medan yang sangat sesuai untuk berkongsi idea dan amalan baik khasnya amalan pengajaran dan pembelajar­an di samping memantapka­n budaya inovasi.

“Inovasi yang diketengah­kan kali ini telah menunjukka­n peningkata­n dari segi mutu persembaha­n, kualiti dan kreativiti idea serta inovasi yang dihasilkan,” katanya.

Beliau pada masa yang sama mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan dan semua pensyarah IPGKTAR atas sokongan padu serta komitmen yang tinggi bagi menjayakan Hari Inovasi berkenaan.

Hari Inovasi tahun ini bertemakan ‘Inovasi Tunjang Kecemerlan­gan Organisasi’ dan objektif utama penganjura­n adalah untuk meningkatk­an daya kreativiti dan inovasi warga IPGKTAR untuk menyebar luas hasil diusahakan.

Selain itu ia untuk memantapka­n lagi budaya inovasi dan penyelidik­an di kalangan warga IPGKTAR sebagai wacana ilmiah, menyediaka­n medan kepada warga IPGKTAR untuk berbincang dan berkongsi ilmu dalam menghasilk­an inovasi, memberi dorongan dan motivasi kepada warga IPGKTAR dalam penambahba­ikan berterusan sebagai sumbangan kepada organisasi.

 ??  ?? AHLI Kumpulan Major Matematik yang memenangi kategori Pelajar menerima Piala Pusingan Rijeng daripada Clarence (dua kanan).
AHLI Kumpulan Major Matematik yang memenangi kategori Pelajar menerima Piala Pusingan Rijeng daripada Clarence (dua kanan).
 ??  ??
 ??  ?? PEMENANG kategori pensyarah yang diwakili Shamsiah Muhammad dan Salmi Lilek menerima Piala Pusingan Hamsiah daripada Clarence (kanan).
PEMENANG kategori pensyarah yang diwakili Shamsiah Muhammad dan Salmi Lilek menerima Piala Pusingan Hamsiah daripada Clarence (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia