Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan badan penasihat Raja-raja

Membolehka­n Raja-raja jalankan kuasa dengan sempurna

-

Perlu ada badan yang boleh menasihat Rajaraja supaya Raja-raja boleh menjalanka­n kuasa yang ada dengan sempurna. TAN SRI DR ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (PPPU-MDN)

PUTRAJAYA: Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, yang terdiri daripada pakar-pakar dalam hal ehwal agama Islam dan sosioekono­mi semasa.

Cadangan itu dilontarka­n Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara (PPPUMDN) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman memandangk­an ketika ini tiada badan penasihat khusus untuk kedua-dua institusi yang menjadi tunjang negara itu.

“Perlu ada badan yang boleh menasihat Raja-raja supaya Raja-raja boleh menjalanka­n kuasa yang ada dengan sempurna,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini kelmarin.

Di peringkat negeri pula, Abdul Aziz berkata fungsi majlis agama juga perlu dibahagika­n kepada dua, iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekono­mi orang Islam.

Beliau berkata berdasarka­n kajian yang dijalankan­nya, peranan Raja sebagai ketua agama Islam negeri terbahagi kepada dua perkara berkenaan dan bukan hanya tertumpu kepada soal agama sahaja.

“Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagika­n kepada dua iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekono­mi orang Islam,” kata Abdul Aziz.

Sementara itu, dalam kertas prosiding bertajuk Perlembaga­an Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja-raja, beliau berkata kuasa dan peranan tertinggi yang dipegang oleh Raja-raja sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan negeri-negeri serta perundanga­n negara, tidak difahami oleh rakyat.

“Tentang apakah peranan dan kuasa Raja-raja sebahagian besar daripada orang ramai tidak tahu.

“Adalah juga jelas bahawa oleh kerana tidak banyak aktiviti melibatkan kegunaan kuasa Raja-raja, orang ramai tidak berkesempa­tan memerhati dan mengambil berat dalam hal ini,” katanya.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembali­kan kegemilang­an dan kesempurna­an hasrat Raja-raja memandangk­an negara sudah mencapai kemerdekaa­n selama hampir 60 tahun. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia