Utusan Borneo (Sabah)

LIMA BAKAL DIDAKWA SPRM

Penjawat awam terbabit kesalahan rasuah

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Lima kakitangan sebuah jabatan kerajaan akan ditangkap dan didakwa atas kesalahan terlibat kegiatan rasuah.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sazali Salbi ketika mengesahka­nnya berkata tangkapan dan pertuduhan dijangka dilakukan sekitar 20-23 Ogos ini.

Bagaimanap­un, untuk memastikan proses tangkapan berjalan lancar, beliau tidak mendedahka­n nama jabatan terlibat.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang berjalan. Pagi tadi, saya sudah mengadakan mesyuarat dengan pegawaipeg­awai saya dan kami sudah mengatur strategi bagaimana mahu melakukan operasi (tangkapan) itu.

“Kamijugaak­anmengadak­an sidang media mengenai tangkapan berkenaan,” katanya ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n Sabah, di sini pada Selasa.

Program anjuran Pejabat Setiausaha Persekutua­n (Sabah) bersama Jabatan Penerangan Negeri Sabah itu melibatkan penyertaan 26 jabatan dan agensi kerajaan.

Acara pelepasan konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang itu disempurna­kan oleh Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani.

Sazali berkata, untuk September satu lagi operasi tangkapan akan dilakukan terhadap kakitangan sebuah lagi agensi kerajaan yang juga terlibat dalam kegiatan rasuah.

“Perancanga­n mengenai operasi ini sudah dibentangk­an di Ibu Pejabat di Putrajaya dan mereka setuju dengan operasi yang akan dijalankan,” jelasnya.

Mengenai kenyataan bahawa isteri pegawai terlibat dengan rasuah akan disiasat, Sazali berkata sesiapa sahaja yang boleh membantu dalam siasatan akan dipanggil tidak kira sama ada mereka itu isteri mahupun adik-beradik.

“Jika mereka boleh membantu dalam siasatan, kita akan panggil. Sesiapa sahaja yang mempunyai keterangan bagi membantu proses siasatan akan dipanggil untuk rakaman percapakan,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, Sazali dipetik berkata dua jabatan kerajaan sedang dipantau SPRM selepas menerima maklumat berkaitan keduadua agensi berkenaan.

Setakat Julai ini, katanya, SPRM menerima 274 maklumat dan 56 kertas siasatan dibuka. Kebanyakan kes melibatkan penjawat awam yang melakukan tuntutan palsu dalam kerja, pengembara­an dan penginapan.

 ??  ?? SAZALI
SAZALI
 ??  ?? PELEPASAN peserta konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh Nor Rizan.
PELEPASAN peserta konvoi Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh Nor Rizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia