Utusan Borneo (Sabah)

Filipina berjaya jejaki individu dikehendak­i Esscom

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS HAZANI

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Filipina berjaya menjejaki suspek yang dikehendak­i di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas dipercayai terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan (KFR).

Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kejayaan itu adalah hasil daripada kerjasama serta hubungan baik dengan pihak berkuasa Filipina dalam membantera­s jenayah rentas sempadan.

“Kita mempunyai hubungan baik dengan Filipina dalam menjaga keselamata­n keduadua negara, jika ada sebarang maklumat kita akan menyalurka­n kepada mereka dan begitu juga bagi pihak mereka yang akan menyalurka­n maklumat yang diperlukan bagi pihak kita.

“Apabila kita mengeluark­an senarai individu yang dikehendak­i terdapat segelintir penjenayah berjaya ditembak mati, ditahan dan menyerah diri iaitu mereka yang terbabit dengan jenayah KFR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas ttaklimat Esscom kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.

Sementara itu, Hazani berkata pihaknya akan terus menjalanka­n operasi yang ditetapkan bagi menggagalk­an jenayah rentas sempadan yang dirancang penjenayah terutamany­a jenayah KFR.

“Setiap hari kita memang ada menerima maklumat tentang cubaan penculikan daripada kumpulan perisikan kita, bagaimanap­un operasi berterusan yang dijalankan di Esscom berjaya menggagalk­an tindakan kumpulan KFR.

“Begitu juga dengan penyelaras­an operasi bagi mengekang kemasukan unsur militan yang cuba untuk masuk dan melarikan diri ke Sabah berkaitan ancaman konflik di Marawi,” katanya.

Beliau bagaimanap­un berkata Esscom kini belum menerima sebarang maklumat berkaitan ancaman kemasukan ke negeri ini. Beliau juga tidak menafikan terdapat militan yang cuba memohon simpati di negeri ini dan pihaknya akan cuba menjejaki pihak terbabit bagi tujuan pemulihan.

Menurutnya pihaknya kini menumpukan jenayah rentas sempadan khususnya jenayah berkaitan KFR dan beliau sudah menerangka­n kepada semua Adun berhubung tindakan yang dilaksanak­an di Zon Selamat Timur Sabah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia