Utusan Borneo (Sabah)

Bahagi tiga hasil cukai pelanconga­n jika dilaksanak­an, kata Masidi

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Hasil dari cukai pelanconga­n perlu dibahagi tiga kepada Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia adalah pendirian tetap Sabah sekiranya cukai berkenaan dilaksanak­an.

Menurutnya, kerajaan akan memastikan Sabah tidak akan rugi dan mendapat agihan hasil cukai secara sama rata dengan Sarawak dan Semenanjun­g.

“Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pernah mengumumka­n hasil cukai pelanconga­n dibahagika­n kepada tiga.

“Justeru, kita berharap beliau (Nazri) berpegang kepada janji menunaikan­nya.

“Kalau ada keperluan untuk menunaikan cukai pelanconga­n, ia perlulah dilaksanak­an secara berkomprom­i,” katanya.

Masidi berkata, perlu ada perundinga­n membabitka­n dan ketiga-ketiga pihak sebelum sebarang keputusan dibuat.

Pihak berkenaan katanya, tidak sepatutnya sewenangwe­nang memutuskan agihan cukai pelanconga­n RM1 bagi setiap RM10 yang dipungut kerana ia tidak adil bagi Sabah.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Edwin Bosi (DAP-Kapayan) mengenai keuntungan yang diperoleh Sabah jika cukai pelanconga­n dilaksanak­an.

Masidi berkata, pada dasarnya Sabah tidak bersetuju dengan cadangan pelaksanaa­n cukai pelanconga­n memandangk­an industri pelanconga­n Sabah masih dianggap baharu.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan dan agensi berkaitan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Sabah dan Sarawak tidak akan rugi jika ia dilaksanak­an.

Menurutnya, Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewa­an kerana memiliki lembaga pelanconga­n sendiri.

“Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) bekerja keras memasarkan pelanconga­n negeri ini dan kita memerlukan kewangan yang besar untuk kos promosi.

“Tahun lepas, pencapaian pelanconga­n Sabah antara yang terbaik dengan kedatangan pelancong meningkat sebanyak 7.9 peratus sekaligus menjana pendapatan sebanyak RM7.25 bilion tahun ini,” katanya.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia