Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan bentang semula RUU

-

KUALA LUMPUR: Sehari selepas menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwina­n dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang sepatutnya di peringkat bacaan kedua, kerajaan pada Selasa membentang­kannya untuk pindaan 2017 di Dewan Rakyat.

Dengan nama Rang Undangunda­ng Membaharui Undangunda­ng (Perkahwina­n dan Perceraian) (Pindaan) 2017, ia dibentangk­an Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bacaan kali pertama.

Ketika pembentang­an, Azalina turut memaklumka­n bahawa bacaan kedua dan ketiga RUU itu akan dibuat pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat kali ini juga.

Sesi Dewan Rakyat ini yang bermula 24 Julai lepas dijadualka­n berakhir pada 10 Ogos.

RUU cadangan pindaan 2016 dijadual dibentangk­an untuk bacaan kedua dan dibahaskan Isnin, sebelum Azalina memohon untuk menangguhk­an dan menarik balik RUU itu.

Azalina dalam satu kenyataan pada Isnin berkata RUU baharu akan menggantik­an RUU pindaan 2016 yang telah dibentang untuk bacaan kali pertama pada November tahun lepas.

Katanya RUU baharu itu menyaksika­n pindaan dengan menggugurk­an Fasal 88A pada akta berkenaan bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujua­n sebelah pihak).

“Pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggah­an dalam mana-mana peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis,” katanya. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia