Utusan Borneo (Sabah)

Rang Undang-Undang Enakmen Hutan dilulus

-

SIDANG

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah meluluskan Rang UndangUnda­ng Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan pindaan) (Pindaan) 2017.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, pindaan dilakukan bertujuan bagi membubarka­n, menubuhkan dan mengkelask­an semula hutan simpan.

“Ia termasukla­h membubarka­n lima kawasan hutan simpan dengan keluasan 4,592 hektar dan menubuhkan sembilan kawasan hutan simpan dengan keluasan 5,066.66 hektar.

“Ia juga bagi mengkelask­an semula ke atas dua kawasan hutansimpa­nkelasII(komersil) seluas 8,539 hektar dan lima kawasan hutan simpan kelas V (bakau)dengankelu­asan23,970 kepada hutan simpan kelas I (Perlindung­an),” katanya ketika membentang­kan Rang Undang-Undang Enakman Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan pindaan) (Pindaan) 2017.

Beliau berkata, cadangan pembubaran kawasan hutan simpan seluas 4,596 hektar terdiri daripada beberapa kelas hutan simpan.

Katanya, antara beberapa hutansimpa­nyangdicad­angkan untuk dibubarkan adalah Hutan Simpan Leila Kelas I Sandakan, Hutan Sumpan Sugut Kelas I Beluran, Hutan Simpan Mangkuwagu Kelas II Tongod, Hutan Simpan Tatahan Kelas III (Domestik) Kota Kinabalu dan Hutan Simpan Melawaring Kelas VI (Hutan Simpan Hutan Dara) Kota Kinabalu.

“Terdapat sembilan kawasan tanah kerajaan dengan keluasan 5,066.66 hektar dicadangka­n untuk mewujudkan hutan simpan bagi menggantik­an kawasan hutan simpan yang dicadangka­n untuk pembubaran itu.

“Antara cadangan itu adalah kawasan diantara Hutan Simpan Gunung Lumaku dan Hutan Simpan Sipitang Tenom, kawasan hutan berhampira­n Hutan Simpan Mount Louisa Kalabakan, kawasan bekas lesen duduk sementara Nabawan, kawsan berhampira­n Hutan Simpan Gunung Tinkar Tongod, kawasan tadahan air Kolosunan Inanam, kawasan tanah kerajaan di Bukit Hampuan Ranau, kawasan tadahan air Pulau Sebatik, Tawau, kawasan bekas lesen duduk sementara Tongod dan kawasan tanah kerajaan di Karakit Kudat,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mencadangk­an pengelasan semula kawasan hutan simpan seluas 32,509 hektarmeli­batkanduak­awasan hutan simpan kelas II dan lima kawasan hutan kelas V (Bakau) dicadang untuk dikelaskan semula kepada hutan simpan kelas I.

Katanya, seluas 5,335 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Mangkuwagu Kelas II akan dikelaskan semula menjadi hutan simpan kelas I dan dinamakan sebagai Hutan Simpan Sungai Mangkuwagu Kelas I. Kawasan itu mempunyai nilai konservasi yang tinggi.

“Seluas 3,204 hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah akan dikelaskan semula menjadi hutan simpan kelas I dan dinamakan sebagai Hutan Simpan Sungai Imbak Buffer Zone (Tambahan II) Kelas I.

“Antara kawasan lain yang dikelaskan semula sebagai hutan simpan kelas I adalah Hutan Simpan Menumbok Kelas I, Hutan Simpan Marudu Bay Kelas I, dan Hutan Simpan Kuala Bonggaya dan Kuala Labuk Kelas I,” katanya. Menurutnya, melalui proses-proses pembubaran, penubuhan dan pengkelasa­n semula hutan yang dicadangka­n akan mengalami perubahan khususnya dari segi keluasan.

Katanya, Hutan Kelas Simpan I akan bertambah dari 1,353,677.66 hektar kepada 1,386,614.62 hektar.

“Hutan Simpan Kelas II akan mengalami penurunan keluasan dari 1,668,272.95 hektar kepada 1,659,899.95 hektar. Hutan Simpan Kelas III berkuranga­n daripada 4,673 hektar kepada 4,656 hektar.

“Hutan Simpan Kelas IV (Ameniti) kekal seluas 11,386.45 hektar, Hutan Simpan Kelas V berkuranga­n daripada 256, 009.27 hektar kepada 232, 039.27 hektar, Hutan Simpan Kelas VI berkuranga­n daripada 107,013.914 hektar kepada 106,911.614 hektar, Hutan Simpan Hidupan Liar (Kelas VII) kekal dengan 139, 240.97,” katanya.

Secara keseluruha­n katanya, jumlah keluasan hutan simpan negeri selepas proses pembubaran, penubuhan dan pengkelasa­n semula kawasan ialah seluas 3,540,748.874 hektar dengan penambahan kawasan sebanyak 474.66 hektar berbanding tahun lalu.

Katanya lagi, melalui proses pengelasan dan penubuhan hutan simpan itu, kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya di Sabah meningkat kepada 1,906,896.204 hektar, bersamaan dengan 25.9 peratus berbanding 2016 hanya seluas 1,874,061.544.

 ??  ?? BAYARAN DIVIDEN...Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyaksika­n pembayaran dividen kepada kerajaan negeri oleh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB). Cek pembayaran itu telah diserahkan oleh Pengerusi WHSSB Datuk Ramlee Marahaban kepada...
BAYARAN DIVIDEN...Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyaksika­n pembayaran dividen kepada kerajaan negeri oleh Warisan Harta Sabah Sdn Bhd (WHSSB). Cek pembayaran itu telah diserahkan oleh Pengerusi WHSSB Datuk Ramlee Marahaban kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia