Utusan Borneo (Sabah)

Pemantauan harga mingguan

Rampasan lebih RM3.8 juta libatkan peniaga dan premis perniagaan

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,477 kes dilaporkan dengan jumlah rampasan bernilai RM3,845,563 melibatkan peniaga dan premis yang melanggar kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, statistik berkenaan direkodkan sejak 2016 hingga tahun ini.

Menurutnya, dalam tempoh terbabit sebanyak 71,731 premis diperiksa merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.

Katanya, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) turut mengenakan kompaun sebanyak1,092kesmeli­batkan jumlah kompaun sebanyak RM543,590.

Selain itu jelasnya, sebanyak 16 kes dikenakan denda dengan nilai denda berjumlah sebanyak RM175,500.

Bagi menangani tindakan peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barangan, pihaknya bersama KPDNKK sentiasa menjalanka­n pemantauan.

“Kita menjalanka­n pemantauan­setiaphari­dengan pendekatan penguatkua­saan pintar.

“Setiap premis perniagaan juga diwajibkan mematuhi program Timbang Tepat Harga Jelas (TTHJ).

“Pemantauan harga barangan secara mingguan dijalankan menerusi perkhidmat­an Kaunter Khidmat Pengguna (K2P) di pasar basah utama setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Samsudin Yahya (BNSekong) mengenai tindakan ke atas peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang.

Jainab berkata, kementeria­nnnya dalam usaha mengawal kenaikan harga barangan dengan menjalanka­n kutipan harga seperti kutipan 253 barang (mingguan) dan 446 barang (bulanan).

Pihaknya juga menjalanka­n kutipan harga setiap hari di premis-premis serta penanda aras bagi mengenal pasti jika berlaku sebarang kenaikan harga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia