Utusan Borneo (Sabah)

Pelabur gas asli diperlukan

-

USAHA

untuk mencari pelabur yang menggunaka­n gas asli sebagai sumber utama pemprosesa­n sedang giat dijalankan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Ismail berkata, setakat ini terdapat tiga permohonan diteliti oleh Lembaga Pengarah Sabah Oil & Gas Developmen­t Sdn Bhd (SOGDC).

Katanya, permohonan berkenaan melibatkan Eurochem, China Consortium dan Markisa dari Petronas.

“Ini membabitka­n perancanga­n baharu iaitu loji ammonia kedua yang akan dibina bersebelah­an dengan Sabah Ammonia Urea (Samur).

“Projek ini dianggarka­n berjumlah AS$800 juta dan dijangka siap pada 2021,” katanya bagi menjawab soalan Limus Jury (BN-Kuala Penyu) mengenai jumlah pelabur di kawasan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (Sogip).

Beliau berkata, SOGDC yang juga penggerak kepada Sogip sedang aktif mencari peneraju utama bagi aktiviti hiliran seperti penyimpana­n dan penapisan minyak serta gas.

Menurutnya, selain daripada projek ammonia urea, terdapat juga pelaburan dari Petronas Gas Berhad (PGB) melalui pembinaan saluran paip di dalam kawasan Sogip.

Bolkiah berkata, setakat Mei tahun ini, sebanyak 409 peluang pekerjaan tetap wujud secara langsung.

Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 259 jawatan diisi oleh pendudukte­mpataniait­u62.2peratus daripada jumlah keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia