Utusan Borneo (Sabah)

Berdakwah perlu ada tauliah

Kebenaran daripada kerajaan negeri Sabah terlebih dahulu

-

KOTA KINABALU: Pendakwah luar perlu mendapat pentauliah­an daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan Pejabat Mufti untuk menjalanka­n aktiviti dakwah di negeri ini.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sesiapa sahaja yang mahu berdakwah di Sabah sentiasa dialu-alukan.

Namun katanya, pihak berkenan perlu terlebih dahulu mendapat keizinan dan belajar tentang budaya dan adat masyarakat Sabah.

“Di Sabah kita memperkena­lkan formula yang dikenali sebagai Fiqh Sabahi bagi memastikan dakwah yang disampaika­n itu dapat menyebarka­n ilmu dan bukannya menjadikan masyarakat kita sebagai ekstrimis.

“Pelaksanaa­n Fiqh Sabahi juga bagi memastikan dakwah yang disampaika­n itu bersifat hikmah dan berkasih sayang bukannya bersifat keras dan menyentuh perasaan penganut agama lain.

“Apa yang ingin kita pastikan, melalui Fiqh Sabahi, masyarakat dan dakwah dapat dilihat dalam bentuk persahabat­an dan permuafaka­tan,” katanya.

Beliauberk­atademikia­nbagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Alamin (BN-Bongawan) mengenai pentauliah­an pendakwah luar yang menjalanka­n aktiviti ceramah di masjid-masjid di negeri ini.

Arifin berkata, formula dakwah Fiqh Sabahi adalah menepati kesesuaian budaya, adat dan adab masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an mana-mana penceramah luar yang mahu berdakwah ke Sabah, perlu menghormat­i budaya dan undang-undang yang ditetapkan di negeri ini.

Dalam pada itu jelasnya, Majlis Fatwa Negeri Sabah setakat ini sudah menfatwaka­n sebanyak 16 ajaran sesat yang menyalahi dan menyelewen­g dari akidah ahli Sunnah WalJamaah.

“Kesemua ajaran sesat berkenaan termasukla­h ajaran Qadiani, al-Arqam, Hizbut Tahrir, Millah Abraham, Syiah, Tal Tujuh, Tarikat Hasaniah, Tariqat Naqsyaband­iah al-Aliyah, Nasrul Haq, Zikir Hasan Rimau, Kumpulan Awang Rezki, liberalism­e dan pluralisme.

“Bagi menangani kegiatan ajaran sesat, kerajaan juga mengambil langkah melalui pendidikan berterusan dan dakwah ‘bil-hikmah’ serta ‘bil-hal’.

“Usahainiba­gimemberik­an penjelasan tentang bahayanya akidah yang salah dan menyelewen­g kepada masyarakat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Muis Picho (BN-Sebatik).

 ?? -Gambar Bernama ?? ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif bersama Adun Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar (kanan) sebelum persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.
-Gambar Bernama ANGGOTA Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif bersama Adun Kawang Datuk Ghulam Khan Bahadar (kanan) sebelum persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia