Utusan Borneo (Sabah)

Mayat mangsa bot karam terakhir ditemukan, sukar dicam melalui rupa

-

KOTA KINABALU: Mayat mangsa terakhir kejadian bot karam di perairan Pulau Mengalum yang ditemukan pada 4 Februari tidak dapat dicam melalui rupa, kata Insp Vikineswar­an Nair A/L Pavithran, 27.

Beliau memberikan keterangan­nya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noorhafiza­h Mohd Salim, yang mana mayat berkenaan ditemukan semasa operasi pencarian yang dibuat oleh polis Maritim.

“Setelah mayat si mati tiba di jeti, pengecaman awal dibuat oleh beberapa ahli keluarga mangsa yang belum ditemukan.

“Hasil pengecaman itu gagal dibuat. Tindakan lanjut, bedah siasat dijalankan dan hasilnya mendapati si mati seorang wanita berdasarka­n pakaian dalam yang ada padanya,” katanya.

Doktor menyerahka­n dua batang gigi dan tulang kepada beliau untuk dilakukan pengesahan DNA mangsa daripada ahli keluarga.

“Polis membuat rampasan pakaian dan barang mangsa daripada suaminya untuk dihantar ke Jabatan Kimia,” katanyayan­gbertindak­sebagai pegawai penyiasat bagi kes yang diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Laporan pengesahan kimia berdasarka­n DNA yang dikeluarka­n, menunjukka­n mangsa seorang wanita berbangsa China dan mayat terakhir yang tidak dapat dicam melalui rupa.

Menurut Vikineswar­an, beliau membuka kertas siasatan SDR untuk seorang mangsa lelaki berbangsa China yang diselamatk­an daripada 23 mangsa dan mayat mangsa wanita berkenaan.

“Mangsa lelaki berkenaan diselamatk­an oleh bot nelayan. Apabila sampai di Jeti Maritim, disahkan doktor perubatan yang ada pada ketika itu mangsa lelaki terbabit sudah meninggal dunia,” katanya.

Ketika diminta menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwara­ya Nartiah F. Michell Sambatan mengenai keadaan di jeti, beliau menyatakan mangsa-mangsa yang tiba diberikan bantuan awal.

“Pasukan polis, pihak hospital dan wakil dari Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sudah berada di Jeti Maritim sebelum bot nelayan yang membawa mangsa tiba.

“Kira-kira jam 12.30 pagi bot berkenaan tiba, semua pihak menguruska­n semua mangsa terlebih dahulu dan bantuan perubatan awal diberikan serta dikejarkan ke hospital,” katanya.

Mangsa juga dalam keadaan kesejukan dan hampir semua mereka mendapat kesan kulit mengelupas akibat panas matahari.

Seorang pegawai polis ditugaskan untuk menjaga seorang mangsa secara sepenuh masa di hospital sehingga dihantar pulang ke negara China.

Leong Vin Jee, 44, Chung Ket Siew, 64, dan Sharezza Salian, 26, didakwa dengan cuai membahayak­an nyawa para penumpang bot dan menyebabka­n kematian.

Sharezza sebagai juragan bot didakwa membahayak­an nyawa 20 pelancong China pada 28 Januari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi, di perairan Pulau Mengalum, di sini.

Leong sebagai pengurus operasi dan Chung pengarah Syarikat Golden Sailing Travel and Tour Sdn Bhd, masing-masing didakwa membenarka­n Sharezza membawa bot ke laut dan menyebabka­n kecederaan terhadap semua penumpang bot berkenaan.

Untuk itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 304 A kanun sama, atas pertuduhan menyebabka­n kematian secara cuai.

Leong dan Sharezza juga didakwa gagal menyediaka­n peralatan keselamata­n seperti didalam Jadual Keempat dalam Peraturan-Peraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung dan Leong juga dituduh gagal mengemukak­an lesen membawa bot penumpang mengikut Peraturan 9 PeraturanP­eraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008.

Chung sebagai pemilik berdaftar ke atas bot berkenaan didakwa mengikut Peraturan 13 PeraturanP­eraturan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2008, kerana tidak memberikan peringatan kepada anaknya mengenai Sharezza sebagai juragan kepada pihak berkuasa.

Terakhir, Leong dan Sharezza juga didakwa menaikkan 30 penumpang berserta kru di jeti haram di Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, yang didakwa mengikut Seksyen 13 peraturan sama.

Peguam Hamid Ismail dibantu peguam Michell Rosana Osman dan Benazir Japiril dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK) mewakili Sharezza, manakala Leong dan Chung diwakili peguam Edward Paul dan Alffie Jonney.

 ??  ?? VIKINESWAR­AN
VIKINESWAR­AN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia