Utusan Borneo (Sabah)

Bapa tunggal didenda RM3,800 Akibat curi minyak wangi Gucci berharga RM251

-

KOTA KINABALU: Seorang bapatungga­ldidendaRM­3,800 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas kesalahan mencuri sebotol minyak wangi berharga RM251.

Majistret Jessica Ombou Kakayun menjatuhka­n hukuman itu terhadap Saparuddin Iskandar selepas mengaku bersalah mencuri minyak wangi jenama Gucci, pada 17 Julai jam 2.51 petang di pusat membeli belah Imago, di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, penjara maksimum sepuluh tahun dan boleh didenda.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu melihat kotak Gucci di atas lantai dan apabila memeriksa video litar tertutup, beliau melihat tertuduh mengambil botol minyak wangi berkenaan dari rak pameran.

Tertuduh kemudian memasukkan minyak wangi itu ke dalam poketnya dan membuang kotak di atas lantai, lalu keluar tanpa membuat pembayaran.

Pada 30 Julai, tertuduh berjaya ditangkap ketika datang kembali ke kedai berkenaan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dikenakan penjara 60 bulan kerana mencuri sebuah bot berserta enjin milik seorang lelaki.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Nasiri Abd Ghafar, 27, selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 26 Julai antara jam 6.30 petang hingga 11 malam, di kawasan laut Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini.

Atas kesalahan itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 379 kanun sama yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda.

Terdahulu, tertuduh mengaku merupakan pesalah pertama namun semasa berada di Semenanjun­g, tertuduh pernah dijatuhkan hukuman atas kesalahan dadah.

Mahkamah juga memerintah­kan Nasiri dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a, selepas tamat menjalani hukuman.

Semua pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni.

“Berdasarka­n

fakta kes, pengadu melihat kotak Gucci di atas lantai dan apabila memeriksa video litar tertutup, beliau melihat tertuduh mengambil botol minyak wangi berkenaan dari rak pameran.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia