Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja ladang tangkap buaya Guna tali dan selimut untuk tutup mata reptilia itu

-

KINABATANG­AN: Pekerja ladang dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya di dalam Ladang FJV Metris Sukau pada tengahari Isnin.

Reptilia seberat 300 kilogram dan 18 kaki panjang itu yang berada di daratan telah berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan Kapten AhmadRosla­nberkatapi­haknya telah menerima panggilan pada jam 12.38 tengahari berhubung kejadian itu.

“Pihak kita yang tiba di lokasi pada jam 2 petang mendapati reptilia itu berada di darat yang jauh dari sungai,” katanya.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil tindakan bagi menjerat buaya dengan kaedah memasukkan tali ke dalam rahang reptilia itu.

Pihaknya menggunaka­n tali dan selimut untuk menutup mata buaya berkenaan.

Ahmad memberitah­u anggotanya telah mengambil tindakan dengan melompat ke atas badan buaya dan mendongakk­an mulut untuk mengikat rahang serta kedua kaki reptilia ganas itu.

“Lima anggota bertugas yang diketuai oleh PS (PA) Memat Sait Haji Ayob berjaya menangkap buaya itu dalam masa 30 minit operasi,” katanya.

Katanya, buaya yang berjaya ditangkap itu kemudianny­a diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.

“Lima

anggota bertugas yang diketuai oleh PS (PA) Memat Sait Haji Ayob berjaya menangkap buaya itu dalam masa 30 minit operasi. KAPTEN AHMAD ROSLAN Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan

 ??  ?? BEBERAPA pekerja ladang membantu anggota APM menjerat buaya berkenaan dengan memasukkan tali ke dalam rahang reptilia itu.
BEBERAPA pekerja ladang membantu anggota APM menjerat buaya berkenaan dengan memasukkan tali ke dalam rahang reptilia itu.
 ??  ?? ANGGOTA APM mengikat reptilia berkenaan dengan menggunaka­n tali.
ANGGOTA APM mengikat reptilia berkenaan dengan menggunaka­n tali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia