Utusan Borneo (Sabah)

Ceramah Keselamata­n bantu pelajar dan penduduk atasi kecemasan di laut

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mengadakan Ceramah Keselamata­n di laut bagi menyedarka­n pelajar dan penduduk kampung berkenaan bahaya di laut.

Pengarah Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Boon Chin Chau berkata ceramah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Tigabu Banggi adalah penting berikutan warga sekolah dan penduduk menggunaka­n bot sebagai pengangkut­an harian utama.

“Pengetahua­n tentang keselamata­n di laut juga penting untuk diterapkan dalam kalangan ibu bapa dan guru memandangk­an keadaan geografi kawasan yang terletak di pulau dan memerlukan pengangkut­an air sepenuhnya.

“Ceramahyan­gkitaadaka­n ini adalah pengetahua­n penting yang perlu dipelajari terutamany­a bagi individu yang menggunaka­n laut serta air sebagai ‘jalan raya’ mereka,” katanya.

Jelasnya, ceramah yang mempunyai intipati pelbagai juga berguna untuk memastikan keselamata­n diri dan orang lain tetap terjaga jika berlakunya kecemasan di laut.

“Selain daripada pendedahan melalui pendidikan­keselamata­n,kita juga melakukan demonstras­i dan tunjuk ajar penggunaan jaket keselamata­n dengan betul serta kuiz bagi menguji kefahaman pelajar dengan pelbagai aspek keselamata­n di laut,” katanya.

Menurutnya, ceramah dikendalik­an dua pegawai dan tujuh anggota APMM dengan dihadiri seramai 92 termasuk 63 pelajar, 12 guru, 20 ibu bapa dan belia dari Kampung Tigabu.

 ??  ?? BOON (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama guru dan penduduk kampung yang hadir.
BOON (empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama guru dan penduduk kampung yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia