Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus bijak menilai maklumat

-

KOTA KINABALU: Sejak akhirakhir ini, banyak penyebaran maklumat yang diterima melalui Facebook, WhatsApp dan juga blog yang tidak diketahui kesasihann­ya.

Ketua Bahagian PBS Inanam Fredolin Totin Bangon berkata, teknologi maklumat yang kini semakin pantas dijadikan medium komunikasi untuk penyebaran maklumatsa­maadabergu­nauntuk diri sendiri atau sebaliknya.

“Namun, terdapat juga maklumat yang disebarkan berunsur fitnah yang direkareka oleh individu tertentu untuk mewujudkan kebencian kepada seseorang, sesebuah organisasi mahupun sesebuah negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kembara Negaraku@Merdeka yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Sabah di Dewan Mini Kampung Minintod.

Fredolin turut mengingatk­an penduduk yang hadir agar sentiasa berhati-hati serta bijak menilai maklumat yang diperolehi serta tidak membantu menularkan sesuatu maklumat yang mana mereka sendiri pun tidak tahu kesahihan sumber maklumat berkenaan.

“Di sekitar kita pada ketika ini, banyak cerita berlegar-legar yang dikongsi dengan begitu pantas sekali oleh orang ramai melalui Facebook, WhatsApp dan blog, dan apa yang amat membimbang­kan kita ialah terdapat maklumat yang direkareka bagi tujuan menghasut untuk membenci kerajaan,” katanya.

Beliaujuga­memintqape­nduduk kampungter­usmemberis­okongan kepada kerajaan sedia ada dengan memberi kepercayaa­n dan mandat sekali lagi pada kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerana kerajaan sedia ada masih yang terbaik dalam merealisas­ikan pembanguna­n di negara ini.

Di majlis ini juga, Fredolin turut menyampaik­an sumbangan kepada seramai 20 orang warga emas di kampung itu.

Turut hadir Pengarah Penerangan Sabah Hj Suwadi Hj Guliling, Pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Abdul Mukti Hj Muclish, Ketua Penolong Pengarah PKPM Wasrin Zakaria, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah Supian Musa, Pegawai Kemajuan Masyarakat (PKM) Inanam Lukin Teliban, Naib 1 PBS Bahagian Inanam Raimin Sahat, Naib II PBS Bahagian Inanam Roger Impau dan Ketua Kampung Kg Minintod Ajis Lobinson.

 ??  ?? FREDOLIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima warga emas. Turut kelihatan Raimin (kiri), Abdul Mukti (dua dari kiri), Suwadi (dua dari kanan) dan Ajis (kanan).
FREDOLIN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima warga emas. Turut kelihatan Raimin (kiri), Abdul Mukti (dua dari kiri), Suwadi (dua dari kanan) dan Ajis (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia