Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bersyukur dapat balai bomba baharu

-

KIMANIS: “Syukurlah sebab kerajaan membina sebuah balai bomba di Kimanis ini,” demikian kata Montenance Jakaria, 33, yang nyata gembira melihat balai bomba yang dibina tidak jauh dari kediamanny­a.

Dia berkata kemudahan itu sememangny­a akan memberi manfaat yang banyak kepada penduduk Kimanis dan kawasan sekitar.

“Dengan adanya balai bomba ini, jika ada kejadian kecemasan seperti kebakaran, pihak bomba boleh tiba di lokasi dengan lebih cepat,” katanya kepada Bernama.

Montenance yang juga peniaga restoran berkata, selama ini penduduk Kimanis hanya bergantung kepada balai bomba dari pekan Papar dan Beaufort jika berlaku sebarang kejadian kecemasan.

“Sememangny­a balai bomba amat diperlukan di kawasan Kimanis ini kerana banyak aktiviti pembanguna­n berlaku di sini. Sebagai contoh Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) berada di sini,” katanya.

Seorang penduduk tempatan, Latifah Linaki, 59, pula berkata, pembinaan sebuah balai bomba di Kimanis sememangny­a telah lama mereka tunggu dan dengan siapnya balai bomba itu kelak, bukan sahaja kebakaran malah kejadian kecemasan lain seperti kemalangan di laut juga dapat dikendalik­an dengan cepat.

“Kimanis ini berhampira­n laut. Jadi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini di laut seperti kes lemas, pihak bomba akan dapat bertindak dengan lebih cepat,” kata Latifah.

Malah katanya, memandangk­an kebakaran belukar terutama pada musim panas kerap berlaku di Kimanis, dengan adanya balai bomba itu nanti, maka kebakaran tersebut akan dapat dipadamkan dengan segera.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia