Utusan Borneo (Sabah)

386 kes kemalangan di Tambunan

MKJR kini giat laksana kempen keselamata­n pengguna

-

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 386 kes kemalangan belaku sepanjang Jalan KeningauTa­mbunan-Gunung Alap di sini.

Daripada jumlah itu, sejumlah lapan kes melibatkan kematian dengan jumlah mangsa seramai 14 orang.

“Ini adalah berdasarka­n kes yang direkodkan oleh polis,” katanya berucap merasmikan majlis Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kluster Program Keselamata­n Pengguna Jalanraya peringkat daerah ini di dewan masyarakat di sini pada Jumaat.

Beliau percaya jumlah sebenar adalah lebih tinggi sekiranya semua kemalangan dilaporkan kepada polis dan kejadian seperti ini sudah tentu amat merugikan kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat.

Pairin yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, Majlis Keselamata­n Jalan Raya (MKJR) Sabah bersama kerajaan negeri giat melaksanak­an kempen keselamata­n pengguna jalan raya secara menyeluruh.

Katanya, program itu dilaksanak­an menerusi Jabatan Keselamata­n Jalan raya (JKJR) Sabah, Polis dan Jabatan Pengangkut­an Jalan sementera kempen terbaharu yang dilancarka­n oleh MKJR di peringkat negeri ialah #SLOWDOWN #PALANPALAN­BAH #KADA’KOIDAU.

Katanya, kempen itu diharapkan dapat diteruskan dan dihayati oleh semua pengguna jalan raya untuk keselamata­n bersama.

“Objektif pelaksanaa­n program NBOS Kluster ini adalah menerapkan pendidikan keselamata­n dan meningkatk­an tahap kesedaran keselamata­n jalan raya di kalangan pengguna jalan di daerah ini.

“Mengenalpa­sti punca kemalangan di daerah ini, faktor utama yang menjadi punca utama berlakunya kemalangan di daerah ini.

“Mengenalpa­sti kaedah penyelasai­an masalah kemalangan jalan raya dengan memberikan yang terbaik untuk mengurangk­an masalah kemalangan jalan raya di daerah ini berdasarka­n analisis kekuatan, peluang, kelemahan dan ancaman,” katanya.

Berdasarka­n pada objektif program yang telah ditetapkan, Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau berharap ia akan dapat membantu memberikan cadangan penyelasai­an yang terbaik berdasarka­n fakta dan kajian lapangan oleh para penyelidik.

Beliau turut mengalu-alukan supaya lebih banyak program seperti itu dilaksanak­an pada masa akan datang.

Menurut beliau, program semi-akademik peringkat akar umbi adalah kajian bersesuaia­n untuk memberikan cadangan penambahba­ikan kepada dasar-dasar kerajaan dalam melaksanak­an pembanguna­n terutamany­a hal-hal keselamata­n pengangkut­an daratyangm­elibatkanp­engguna jalan raya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Pertubunan Kebajikan Takad Nabalu Sabah Datuk James Ratib dan Pegawai Daerah Thomas Logijin.

Pada majlis itu, Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu Sabah turut menyampaik­an sumbangan sebanyak RM5,000 setiap satu kepada Rumah Anak Yatim dan Rumah Kanak-Kanak Bondulu Toboh Tambunan yang disampaika­n oleh James.

 ??  ?? PAIRIN melancarka­n NBOS Kluster Program Keselamata­n Pengguna Jalan Raya peringkat daerah Tambunan pada Jumaat lalu.
PAIRIN melancarka­n NBOS Kluster Program Keselamata­n Pengguna Jalan Raya peringkat daerah Tambunan pada Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia