Utusan Borneo (Sabah)

Muslimat Pas Sabah anjur Jelas 3.0 perjelas Dokumen Hijau

-

KOTA KINABALU: Lajnah Penerangan dan Hubungan Media Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah telah mengadakan program Jelajah Saidatina Khadijah (Jelas 3.0) yang bertempat di Pejabat Badan Perhubunga­n Pas Negeri Sabah pada Ahad.

Program itu adalah bagi memperjela­skan kepada ahli DMPNS tentang Dokumen Hijau yang merupakan alternatif Pas kepada rakyat dalam mendepani kemelut ekonomi negara hari ini.

Lebih 100 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi penerangan yang disampaika­n oleh Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM).

Menurut beliau, sesi penerangan ini sangat penting bagi setiap penggerak di kawasan bagi memahami setiap gagasan yang dibawa oleh DMPM.

Lima prinsip Dokumen Hijau telah dibentangk­an iaitu harta negara tidak berlegar dikalangan orang kaya sahaja, cukai daripada lebihan orang kaya diagihkan kepada orang miskin, menaikkan taraf golongan miskin dan penurunan kos sara hidup.

Sementara dua prinsip lagi adalah fardhu kifayah dalam penyediaan keperluan masyarakat serta anti monopoli dan anti Ghulul.

Menurut Ustazah Wan Hasrina juga, GST haram dalam Islam kerana mengenakan cukai kepada semua rakyat Malaysia termasuk orang miskin.

Jelasnya, sekiranya Pas memerintah, GST akan dihapuskan dan penyelesai­an yang lebih terperinci telah diberikan melalui Dokumen Hijau.

“Ini adalah bukti Pas bukan hanya mengkritik tetapi juga mencadangk­an jalan penyelesai­an kepada masalah ummah” katanya.

Program yang berlangsun­g selama sehari itu turut menyuntik semangat para muslimat yang bergerak kerja di kawasan agar cakna dengan pergolakan isu yang semakin tular di laman sosial.

Turut hadir dalam program kali ini ialah Norsah Bongsu, Ketua Muslimat Pas Negeri Sabah dan Puan Zaiton Ahmad, Timbalan Ketua Muslimat Pas Negeri Sabah berserta ahli jawatankua­sa yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? PROGRAM Jelajah Saidatina Khadijah 3.0 pada Ahad.
PROGRAM Jelajah Saidatina Khadijah 3.0 pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia