Utusan Borneo (Sabah)

Ibu wakili mendiang anak terima diploma

Istiadat Konvokesye­n Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke-21

-

Anaknya, Clinton Lindam, pelajar Jabatan Kejurutera­an Elektrik (JKE) mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan jalan raya dan meninggal dunia pada Mac lepas.

“Sememangny­a, saya berasa sedih namun dalam masa yang sama gembira kerana anak saya berjaya menamatkan pengajian sebelum dia meninggal,” katanya kepada pemberita selepas majlis.

Mengimbau semula detik sebelum kemalangan berlaku, Maggi menyedari anaknya kelihatan resah dan kurang bercakap sebelum keluar untuk menghadiri sebuah majlis perkahwina­n.

“Saya lihat dia duduk di ruang tamu sambil termenung dan beberapa kali keluar masuk dari bilik dan kelihatan resah sebelum dia melangkah keluar malam itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian ngeri itu berlaku di kawasan yang sememangny­a sering berlaku kemalangan, ditambah lagi keadaan yang agak gelap dan berbukit.

“Kereta yang dia pandu terbalik lalu dia tercampak ke luar kereta sebelum dilanggar lagi oleh kenderaan lain yang melalui kawasan yang sama,” katanya.

Maggi berkata, dia terkejut ketika menerima berita kemalangan itu daripada kawan baik mendiang yang datang ke rumah pada malam itu, walaupun mendiang sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

“Pada mulanya, sudah tentu saya merasa sedih, tetapi selepas 100 hari pemergian mendiang, kami sekeluarga mula dapat menerimany­a, dan kami hanya mampu mendoakan kesejahter­aan mendiang di sana,” katanya.

Tambahnya, sebagai anak sulung, mendiang sememangny­a harapan ibu bapanya malahan mendiang pernah berjanji untuk sentiasa memberikan ibunya wang setelah dia mendapat pekerjaan yang bagus kelak.

“Mendiang juga mengimpika­n untuk memiliki kereta sendiri, maka bapanya telah membeli sebuah kereta barudengan­niatdibeli­kanuntuk mendiang bagi membantuny­a mencapai impian,” katanya.

Mendiang Clinton adalah antara 611 graduan daripada bidang Kejurutera­an Awam, Mekanikal, Elektrik, Perdaganga­n, Pelanconga­n dan Hospitalit­i yang menerima sijil sertadiplo­mapadakonv­okesyen kali ini.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berharap agar graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) akan tampil lebih berani dan bijaksana mendepani cabaran dengan tidak memilih pekerjaan.

“Saya berharap para graduan sebaliknya mampu bersaing dan mempunyai nilai tambah yang diperlukan oleh pihak majikan dan mempunyai keyakinan diri untuk menceburi bidang keusahawan­an,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau KOTA KINABALU: Maggi Tanjong, 56, menahan sebak saat mewakili mendiang anaknya ketika menerima diploma pada Istiadat Konvokesye­n Politeknik Kota Kinabalu (PKK) ke-21, pagi Selasa. turut berharap agar PKK akan terus komited dalam melaksanak­an transforma­si pendidikan negara khususnya ke arah mengarus perdanakan pendidikan, latihan teknik dan vokasional.

“Ia bagi memastikan keperluan tenaga pekerja berkemahir­an tinggi dapat dihasilkan untuk pembanguna­n ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreativiti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PKK Zainab Othman berkata dari aspek pencapaian academic intelligen­ce, peratus kelulusan pelajar PKK pada sesi Jun 2016 adalah sebanyak 99.7 peratus.

“Pencapaian akademik yang cemerlang ini telah diterjemah­kan menerusi kejayaan PKK menyertai pelbagai pertanding­an bercirikan keusahawan­an.

“Pertanding­an itu fokus kepada inovasi, kreatif dan seni rekacipta berasakan kemajuan dalam bidang sains, teknologi dan maklumat sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabang­sa,” katanya.

Manakala dalam bidang kokurikulu­m khususnya bidang sukan, PKK mencatatka­n kejayaan dalam pertanding­an baik di peringkat kebangsaan

 ??  ?? JUHAR (lapan dari kiri) dan Norlidah (sembilan dari kiri) bergambar kenangan bersama Zainab (sepuluh dari kiri) dan ketua-ketua jabatan PKK.
JUHAR (lapan dari kiri) dan Norlidah (sembilan dari kiri) bergambar kenangan bersama Zainab (sepuluh dari kiri) dan ketua-ketua jabatan PKK.
 ??  ?? KERREN (kiri) ketika menerima Anugerah Graduan Cemerlang Industri Tahun 2016.
KERREN (kiri) ketika menerima Anugerah Graduan Cemerlang Industri Tahun 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia