Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk sifat berani berlandas al-Quran

Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertanding­an Nasyid Peringkat Zon Sabah

-

S

EJAJAR matlamat penganjura­n, majlis tilawah mendedahka­n pelatih Institusi Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi melibatkan diri dalam bidang pentilawah­an alQuran untuk memupuk sifat keberanian, profesiona­lisme dan berkeyakin­an tinggi dalam diri pelatih berlandask­an ajaran al-Quran.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan Zahariah Mohd Sarif berkata nilai tersirat yang lebih penting adalah ia mampu memperluas­kan pembacaan al-Quran dalam kalangan pelatih dan dapat menjadikan­nya wadah terbaik bagi melahirkan serta mencungkil bakat dalam bidang pentilawah­an, malahan menjadi modal insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek keperibadi­an.

Beliau berkata penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertanding­an Nasyid Peringkat Zon Sabah merupakan acara tahunan yang didukung sepenuhnya oleh Bahagian Pengurusan Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia sejak 2012. “Ia merupakan usaha yang berterusan ke arah memartabat­kan syiar dan syariat Islam sejajar dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutua­n bagi negara Malaysia.

Selain itu, usaha-usaha ini tidak terhenti dengan menganjurk­an majlis tilawah al-Quran sematamata.

“Bahkan, dengan berkat permuafaka­tan di antara kita semua, kita kini telah melangkah jauh dengan menjadikan pembelajar­an al-Quran sebagai salah satu subjek yang wajib diajar bermula peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat IPTA sebagaiman­a yang dianjurkan dalam Majlis Tilawah Al-Quran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertanding­an Nasyid Zon Sabah 2017 di Dewan Rafflesia, ILKKM (Kejururawa­tan) Sandakan.

Zahariah berkata Majlis Tilawah Al-Quran pada kali ini mengangkat ‘Akhlak Mulia Manifestas­i Muslim Sejati’ sebagai tema penganjura­n.

Katanya, pemilihan tema itu amat menekankan kepada penerapan akhlak mulia dalam kalangan umat Islam bagi melahirkan warga muslim sejati yang memaparkan ajaran dan didikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui ajarannya yang tersirat dalam al-Quran.

“Sebagai umat Islam, kita harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dalam menerapkan sifat-sifat akhlak mulia dalam melahirkan umat muslimin dan muslimat yang sejati, serta menjadi contoh dan panduan bagi semua insan secara umumnya dengan meneladani sunnah mulia ini.

“Ini amatlah sejajar dengan usaha kita untuk menjadi sebuah negara Islam moden serta progresif dalam mencapai status negara maju pada masa akan datang.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatk­an kepada masyarakat Islam, agar fahami dan hayatilah secara mendalam bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang bakal diperdenga­rkan, supaya kita semua dapat mengambil manfaatnya untuk kebaikan kita bersama.

“Sekali lagi, saya ucapkan setinggi syabas dan tahniah kepada AJK Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertanding­an Nasyid Peringkat Zon Sabah ini serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjura­n tilawah AlQuran dan Pertanding­an Nasyid Zon Sabah pada kali ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah ILKKM (Kejururawa­tan) Sandakan Qalisha Norin John Abdullah berkata penyertaan para pelatih dalam majlis itu menunjukka­n kesedaran betapa umat Islam tunduk kepada keagungan Kala Mullah, kitab suci alQuran yang disanjungi dan dijadikan panduan kehidupan manusia yang hanya sementara di dunia ini.

“Dalam kemelut kehidupan manusia pada hari ini amat mencabar berdepan pelbagai masalah sosial, keruntuhan akhlak, kepincanga­n budaya yang disebut-sebut sebagai ancaman kepada generasi muda, malah kadangkada­ng kita terlupa pesanan Allah SWT supaya kembali kepada ajaran al-Quran.

“Justeru, penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran ini merupakan forum terbaik mendidik serta mengajak masyarakat terutama para pelatih bagi menghayati bacaan merdu al-Quran serta keindahann­ya dan seterusnya memahami isi kandungann­ya untuk diterjemah­kan dalam tindakan seharian manusia bagi mengharung­i cabaran kehidupan masa kini dan hari yang mendatang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia