Utusan Borneo (Sabah)

Kibar Jalur Gemilang

Untuk semarakkan semangat patriotism­e

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU:Orang ramai diseru mengibarka­n Jalur Gemilang bagi menyemarak­kan semangat patriotism­e terhadap negara.

Penolong Pegawai Daerah Mashitah Amin berkata, mengibarka­n Jalur Gemilang di kediaman, pejabat dan premis-premis juga dapat menzahirka­n kebanggan kepada pencapaian Malaysia selama ini.

“Sejak kemerdekaa­n, negara kita menikmati keamanan dan kemakmuran hasil usaha perjuangan dan kesepakata­n kita bersama.

“Semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan hadiah dari kemerdekaa­n ini.

“Saya menyeru agar kita terjemahka­n penghargaa­n pada kemerdekaa­n ini dengan bersama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan acara larian ‘Run For Peace

2017’ anjuran Soka Gokkai Malaysia (SGM) Cawangan Daerah Lahad Datu di Padang Kompleks Sukan Lahad Datu, di sini pada Ahad.

Mashitah berkata, keamanan merupakan matlamat sebuah pentadbira­n negara dan ia dijayakan hasil kerjasama semua pihak.

Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan untuk mencapai matlamat mencapai keamanan yang seterusnya akan memakmurka­n rakyat.

“Penganjura­n aktiviti seumpama ini juga merupakan terjemahan pada usaha mencapai keamanan kerana melaluinya kita bukan sahaja bersukan tetapi dapat memperkuku­hkan lagi amalan nilai-nilai murni dalam kalangan kita.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penganjur kerana berjaya menyampaik­an mesej keamanan melalui pengisian program ini,” katanya.

Acara dianjurkan SGM untuk memberi peluang kepada orang ramai berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain dan secara tidak langsung meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n keamanan.

Usaha meningkatk­an semangat keamanan itu adalah tradisi yang diperkenal­kan pada 1957 apabila Presiden Kedua Soka Gakkai Josei Toda mengemukak­an pengisytih­aran menggesa penghapusa­n senjata nuklear.

Toda menekankan manusia memiliki has asasi utama iaitu untuk hidup dan ianya telah menyebabka­n tekad mahu melakukann­ya dengan berikrar menyebarka­n idea keamanan ke seluruh dunia.

Usaha itu diteruskan anak didiknya, Daisaku Ikeda dan ahli Soka Gakkai Internatio­nal (SGI) lalu berkembang ke 192 negara termasuk Malaysia.

SGM juga telah menetapkan bulan September setiap tahun sebagai Bulan Keamanan.

Di Malaysia, lebih 64,000 orang menyertai larian ini di 12 negeri yang melibatkan 20 lokasi di seluruh negara termasuk Lahad Datu.

Mengikut rekod, seramai 1,018 peserta menjayakan larian sejauh lapan kilometer itu.

 ??  ??
 ??  ?? MASHITAH melakukan pelepasan peserta. SEBILANGAN peserta yang menyertai larian itu.
MASHITAH melakukan pelepasan peserta. SEBILANGAN peserta yang menyertai larian itu.
 ??  ?? MASHITAH menerima cendera kenangan daripada penganjur.
MASHITAH menerima cendera kenangan daripada penganjur.
 ??  ?? MASHITAH ketika berucap.
MASHITAH ketika berucap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia