Utusan Borneo (Sabah)

‘Timba ilmu, keyakinan diri’

Pelajar Tingkatan 6 saksikan sidang DUN

-

MESYUARAT Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-14 yang masuk hari kedua, turut menarik minat golongan pelajar.

Pelajar Tingkatan 6 Atas Sekolah Menengah Tinggi Kota Kinabalu, Jessica Chu berkata peluang kali kedua hadir dan menyaksika­n persidanga­n itu disifatkan­nya sebagai tuah.

Anak bongsu kepada kontraktor binaan itu mengatakan selain menimba ilmu dan membangun keyakinan diri, pemandanga­n serta hiasan dalaman dewan menjadi tarikan utama kepada dirinya untuk berkunjung berulang kali.

“Setiap kali rang undangunda­ng dibahaskan, saya sentiasa mengaitkan­nya dengan subjek Pengajian Am.

“Dengan ini, saya dapat memahami dengan lebih jelas apa yang disampaika­n secara teori oleh guru di dalam kelas berbanding hanya membaca buku.

“Ini adalah pengalaman kali kedua tetapi saya masih teruja. Saya dan kawan-kawan juga banyak mengambil swafoto sejak tiba di sini.

“Jika diberi peluang lagi, saya sangat mahukannya sebab tempat ini sangat cantik untuk dilawati,” jelasnya.

Turut teruja, pelajar Tingkatan 6 Rendah Kelas Kemanusiaa­n I, Yuki Kitamura, 18, berharap pengalaman baharu berkenaan dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai Pengajian Am.

Sesuai dengan cita-citanya sebagai peguam, gadis berdarah Jepun dan Filipina itu juga fasih berbahasa Melayu dan pernah menyertai pertanding­an bahas dalam Bahasa Cina ketika bersekolah rendah.

“Peluang ini akan saya jadikan sebagai pengalaman berharga untuk meningkatk­an keyakinan diri serta kemahiran berbahas.

“Dari segi perkaitan dengan Pengajian Am pula, sangat membantu dalam kalangan pelajar terutama calon-calon STPM,” katanya.

Rakan sekelasnya, Mohd Aidil Ramli juga berharap dapat menimba pengalaman dan maklumat global melalui pemimpin-pemimpin yang bebahas di dalam dewan.

Bercita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya seperti ayahnya, dia akur kemahiran bekomunika­si dan bidang politik saling berkait rapat dalam menentukan masa depan sesebuah perniagaan.

“Selain pelajaran, saya juga memanfaatk­an peluang ini untuk mengetahui perkembang­an politik semasa dengan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, guru pengiring, Jaggil Apak, 43, yang ditemui berkata rombongan itu terdiri daripada 95 pelajar dan 10 pensyarah Pusat Tingkatan 6 sekolah berkenaan yang turut disertai Penolong Kanan Goh Boon Swee.

“Kita menghantar pelajarpel­ajar Tingkatan 6 ke persidanga­n DUN ini sejak tahun 2010 yang bertujuan memberikan pengalaman serta gambaran yang lebih jelas berkaitan pelajaran khususnya Pengajian Am.

“Ini juga bagi membolehka­n para pelajar menyaksika­n secara langsung perjalanan persidanga­n yang mana ia terkandung dalam silibus Tingkatan 6.

“Dalam pada itu, kita memang menerapkan aspekaspek yang berkaitan dengan kemahiran insaniah seperti berbahas, berfikiran aras tinggi dan yang selebihnya untuk mendewasak­an mereka sesuai dengan matlamat penddikan,” katanya.

Guru Pengajian Am yang berasal dari Kudat itu turut menyaranka­n sekolah lain supaya mengambil peluang keemasan itu sebagai pendedahan kepada para pelajar.

 ??  ?? YUKI
YUKI
 ??  ?? MOHD AIDIL
MOHD AIDIL
 ??  ?? JAGGIL
JAGGIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia