Utusan Borneo (Sabah)

Dedah pelajar berfikiran komputasio­nal

FKI laksana program Pembelajar­an Sains dan Teknologi di Kota Belud

-

F

AKULTI Komputeran dan Informatik (FKI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah melaksanak­an program Pembelajar­an Sains dan Teknologi melalui pengaturca­raan visual di Kota Belud.

Program itu dianjurkan dengan inisiatif kerjasama universiti bagi Program Transforma­si Luar Bandar Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS-4) di SMK Pekan II Kota Belud dan SMK Pekan Kota Belud.

Program melibatkan empat sekolah menengah di daerah Kota Belud. FKI akan melaksanak­an lagi aktiviti itu pada 14 Ogos di SMK Usukan, dan 17 Ogos di SMK Taun Gusi.

Tenaga pengajar dan fasilitato­r dari UMS yang terlibat adalah Dr Lau Hui Keng, Dr Leau Yu Beng, Dr Norazlina Khamis, Asni Tahir, Nordaliela Mohd Rusli, Norhayati Daut, Siti Hasnah Tanalol, Suraya Alias dan Dr Chin Kim On selaku ketua rombongan merangkap ketua projek NBOS-4 yang berkenaan.

Rombongan dipengerus­ikan oleh Dekan FKI Prof Madya Dr Ag Asri Ag Ibrahim.

Menurut Ag Asri, program itu bertujuan menarik minat pelajar terutamany­a pelajar luar bandar terhadap sains dan teknologi melalui pengaturca­raan visual.

Katanya, melalui program itu, pelajar didedahkan tentang pemahaman membina dan menyelesai­kan masalah menggunaka­n logik dan berfikiran komputasio­nal.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar untuk cemerlang dalam mata pelajaran Sains dan juga Matematik. Program yang dilaksanak­an turut akan menyediaka­n pelajar kepada revolusi industri 4.0,” katanya.

Ag Asri berkata pihaknya mendapat sokongan daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Program Transforma­si Luar Bandar atau lebih dikenali sebagai RTP, Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS-4) untuk menjayakan program itu.

Program turut melibatkan empat pembantu dari Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) untuk memeriahka­n program berkenaan.

Sementara itu, menurut Chin, program yang bermula pada jam 9 pagi hingga 4 petang itu melibatkan seramai 45 pelajar SMK Pekan II Kota Belud, 32 pelajar SMK Pekan Kota Belud, 29 pelajar SMK Usukan, dan 35 pelajar SMK Taun Gusi.

Mereka merupakan pelajar tingkatan 1 yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada pengetua-pengetua sekolah kerana membenarka­n FKI melaksanak­an program berkenaan di sekolahsek­olah yang terlibat.

“Terima kasih juga kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Haji Baharom Haji Hashim, Dr Cheng Tsen Lui dari SMK Pekan II Kota Belud, Cikgu Noorshafar­ina Indeabejay­a dari SMK Pekan Kota Belud, Cikgu Fatrina Minis dari SMK Taun Gusi dan Cikgu Hanah Demiki dari SMK Usukan yang sudi memberikan sokongan serta bantuan kepada program ini,” katanya.

Menurut Chin, tenaga pengajar dari FKI menggunaka­n teknik pengajaran berasaskan pemikiran komputasio­nal dalam mengendali­kan program itu.

Dengan ini, pelajar luar bandar dapat meningkatk­an daya saing seiring dengan pelajar bandar, memupuk pembelajar­an sepanjang hayat, belajar secara berkumpula­n, saling berkongsi idea serta ilmu dan meningkatk­an minat pelajar dalam menceburi bidang sains komputer.

“Saya berharap kami akan mendapat sokongan yang berterusan daripada NBOS atau MOSTI atau mana-mana industri dan komuniti pada masa akan datang supaya program seperti ini, terutamany­a untuk sekolah-sekolah luar bandar dapat dijayakan.

“Pendedahan pelajar luar bandar terhadap ilmu sains dan teknologi sama ada melalui pengaturca­raan visual mahupun Arduino ataupun raspberry pi adalah sangat penting. Dengan ini, secara tidak langsung bilangan pelajar yang mempunyai minat dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineerin­g, & Mathematic­s) akan turut bertambah pada masa hadapan,” katanya.

Kesemua tenaga pengajar dan fasilitato­r yang terlibat adalah merupakan pensyarah-pensyarah dari UMS dan berkhidmat secara sukarela untuk menjayakan program itu.

Mereka berharap agar lebih ramai lagi pelajar luar bandar dapat didedahkan dengan ilmu sains dan teknologi melalui pengaturca­raan visual pada masa akan datang.

 ??  ?? PELAJAR berbincang sama sendiri untuk menyelesai­kan masalah yang diberikan di SMK Pekan Kota Belud.
PELAJAR berbincang sama sendiri untuk menyelesai­kan masalah yang diberikan di SMK Pekan Kota Belud.
 ??  ?? PELAJAR menggunaka­n teknik penguraian, debugging, penjujukan dan algoritma untuk menyiapkan cabaran yang diberikan.
PELAJAR menggunaka­n teknik penguraian, debugging, penjujukan dan algoritma untuk menyiapkan cabaran yang diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia