Utusan Borneo (Sabah)

AS pujuk Thailand ketepi Korea Utara Prof enggan mengaku membunuh

Tillerson ke Bangkok bertemu ketua junta untuk merapatkan semula hubungan

-

BANGKOK: Setiausaha Luar Amerika Syarikat (AS) RexTillers­ontibadiBa­ngkok semalam dengan rayuan kepada junta tentera agar mengurangk­an hubungan perniagaan dengan Korea Utara, tatkala Washington mengumpul sekutu dalam usahanya mengekang citacita nuklear Pyongyang.

Tillerson diplomat tertinggi AS yang melawat Thailand sejak rampasan kuasa pada 2014 menjejaska­n hubungan di antara dua rakan karib itu, menyaksika­n Beijing mendekati Bangkok dengan jualan ketenteraa­n dan perjanjian infrastruk­tur besar-besaran.

Thailand antara negara Asia Tenggara yang mempunyai kedutaan Korea utara dan menikmati dagangan dua hala dengan rejim terpencil itu.

Pada 2014, kedua-dua negara berkongsi dagangan bernilai AS$126 juta, menurut Kementeria­n Hal Ehwal Asing, peningkata­n hampir tiga kali ganda sejak 2009.

Beliau akan mendesak Thailand untuk membantera­s firma Korea Utara yang membuka cawangan di Bangkok dan menggunaka­n ibunegarat­ersebutseb­agaihab dagangan,menurutpem­angku Penolong Setiausaha Luar Hal Ehwal Asia Timur AS Susan Thornton.

Beliau juga mahu Thailand memperketa­t syarat visa kepadaraky­atKoreaUta­radan mendesakmi­sidiplomat­iknya, tambah Thornton.

Lawatan Tillerson menyusuli kehadirann­ya pada forum wilayah di Manila di mana bekas CEO ExxonMobil itu memuji sekatan keras baharu PBB ke atas rejim Korea Utara berikutan peningkata­n persenjata­an nuklearnya yang boleh menyebabka­n kerugian AS$1 bilion setahun.

Ia dilevi dengan persetujua­n rakan rapat China, sebagai respons kepada pelancaran dua ujian misil balistik antara benua pada bulan lepas.

Tillerson juga menggesa Thailand untuk menerima lebih ramai pelarian Korea Utara, kata Thornton.

Selepas mendarat di Bangkok,Tillersony­angkerap melawat Thailand sebagai eksekutif ExxonMobil, memberitah­u kakitangan kedutaan AS bahawa beliau mahu membina hubungan di antara AS dan sekutu tertuanya di Asia meskikpun sukar.

Pentadbira­n Presiden Donald Trump membentuk semula pendekatan AS kepada junta Thai selepas hubungan terjejas susulan rampasan kuasa itu.

AS mengecam rampasan kuasa tersebut dan menjauhi rejim serta mengurangk­an bantuan ketenteraa­n.

Namun hubungan mulai mesra kembali di bawah Trump yang telah menjemput ketua junta Prayut Chan-OCha untuk melawatnya.

Thailand sudah lama menjadi laluan transit pembelot yang menempuh perjalanan sukar dari China kemudian ke Laos atau Kemboja dan Thailand, di mana mereka mendapatka­n perlindung­an di kedutaan Korea Selatan.

Thailand bagaimanap­un tidak memberi status rasmi kepada pelarian.

Tillerson juga memberi penghormat­an di hadapan mayat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej yang masih terlantar secara rasmi di Istana Agung sejak kemangkata­nnya pada Oktober 2016.

Beliau kemudian berlepas ke Kuala Lumpur untuk lawatan rasmi ke negara jiran Malaysia. — AFP

Seorang profesor yang diburu selepas kematian seorang pendandan rambut dari Chicago mengaku tidak bersalah atas pembunuhan itu, menurut peguamnya kelmarin.

Wyndham Lathem, profesor di kampus Chicago Universiti Northweste­rn dan Andrew Warren, kakitangan universiti dari England, dikaitkan dengan kematian akibat tikaman seorang lelaki berusia 26 tahun yang ditemui di dalam apartmen Lathem.

Pihak polis menyatakan mangsa ditikam beberapa kali dengan kekuatan melampau sehinggaka­n bilah pisau yang digunakan patah.

Mereka melarikan diri dan pemburuan seluruh negara dilancarka­n sebelum mereka menyerah diri pada Jumaat lepas di California.

Lathem, 42, hadir di mahkamah tengah hari kelmarin sebelum kembali ke Chicago, dan peguamnya Kenneth Wine mengesahka­n dia tidak mengaku salah.

Peguamnya telah menerima beberapa panggilan dan surat sokongan.

“Mereka semua menggambar­kannya dengan cara yang sama, baik, bijak dan lemah lembut,” tambah beliau.

“Tuduhan terhadapny­a sama sekali bertentang­an dengan cara kehidupann­ya.”

Pihak polis menyatakan mereka menemui mayat Trenton Cornell-Duranleau pada 27 Julai dengan beberapa kecederaan tikaman.

Ketika dalam buruan, Lathem mengirim mesej video kepada rakan dan ahli keluarga memohon maaf atas pembabitan­nya dalam pembunuhan itu, menurut polis.

Mereka tidak menawarkan motif, sekadar cuma mendedahka­n bahawa mangsa telah tinggal bersama Lathem di dalam apartmenny­a untuk satu tempoh. — AFP

CHICAGO:

 ??  ?? TILLERSON (kiri) berjabat tangan dengan Prayut sebaik tiba di Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam untuk mesyuarat dua hala.
TILLERSON (kiri) berjabat tangan dengan Prayut sebaik tiba di Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam untuk mesyuarat dua hala.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia