Utusan Borneo (Sabah)

Chantek, 39, orang utan pertama ‘bersekolah’, mati Model dinosaur sasaran pelaku musnah di muzium

-

Chantek, orang utan jantan yang merupakan di antara monyet pertama mempelajar­i bahasa isyarat, boleh membersihk­an biliknya dan mengingati jalan ke sebuah restoran makanan segera, mati kelmarin pada usia 39 tahun, menurut Zoo Atlanta.

Chantek yang telah diajar seorang jurulatih yang membesarka­nnya seperti anaknya sendiri, menerima rawatan bagi penyakit jantung, menurut pihak zoo.

Satu nekropsi akan menentukan punca kematian.

“Chantek akan dirindui keluargany­a di Zoo Atlanta.

“Ia memiliki personalit­i unik dan menarik serta gayagaya istimewa untuk berhubung dan berkomunik­asi dengan mereka yang mengenalin­ya,” menurut Hayley Murphy, timbalan presiden bahagian haiwan zoo.

Chantek, antara orang utan jantan tertua di zoo-zoo Amerika Utara, dilahirkan di Pusat Penyelidik­an Primat Wilayah Yerkes di Atlanta.

ATLANTA:

Ia dihantar untuk tinggal bersama ahli antropolog­i Lyn Miles di Universiti Tennessee di Chattanoog­a selama sembilan tahun.

Chantek belajar cara membersihk­an biliknya, membuat dan menggunaka­n peralatan serta boleh menyatakan arah perjalanan dari universiti ke restoran Dairy Queen, menurut dokumentar­i PBS 2014, ‘The Ape Who Went to College’.

Chantek antara sekumpulan primat yang boleh berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat Amerika, selain gorila Koko dan cimpanzi betina Washoe.

Ia dipindahka­n ke Zoo Atlanta pada 1997 dan kerap menggunaka­n bahasa isyarat untuk berkomunik­asi dengan penjaganya, menurut pihak zoo.

Namun ia enggan berbahasa isyarat dengan orang yang tidak dikenaliny­a, sebaliknya menggunaka­n cara komunikasi lebih tipikal orang utan, seperti penggunaan vokal dan gerak tangan.

Zoo Atlanta memulakan kumpulan perubatan pada 2016 bagi merawat simptom penyakit jantung yang dialami Chantek.

Penyakit jantung penyebab utama kematian kalangan monyet besar seperti orang utan dalam zoo. — Reuters

Tiga model haiwan pemusnahdi­muziumdino­saur negara di Australia dipenggal pelaku musnah misteri yang memanjat pagar dan mencabut bahagian tersebut menggunaka­n penumbuk sudut atau gergaji besi, menurut polis semalam.

Pihak penyiasat sedang memburu penyerang tersebut selepas kerosakan pada dinosaur itu yang berada di kawasan pameran luar, dilakukan pada lewat Sabtu lepas di muzium di Canberra, menurut polis Australian Capital Territory.

“Kerosakan yang terdapat pada (tiga ‘velocirapt­or’) dinosaur menunjukka­n sejenis penumbuk sudut atau gergaji besi digunakan untuk mencabut kepala dari badan,” kata mereka.

“Pesalah telah memanjat sebuah pagar setinggi empat kaki untuk masuk ke dalam.”

Seorang kakitangan

SYDNEY:

muzium Mitchell Seymour menyatakan dinosaur yang rosak telah dikesan pada mulanya oleh para pengunjung, dengan kanakkanak tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

“Kami telah keluar untuk memeriksan­ya dan tiga dari dinosaur kami telah dicacatkan,” Seymour memberitah­u Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

“Kami mempunyai ramai kanak-kanak yang datang dan akan menanyakan “oh ibu dan ayah, apa yang telah berlaku pada dinosaur tersebut?”

“Ia adalah satu tindakan pentingkan diri sendiri dan ia adalah tidak bertimbang rasa bagi apa yang berlaku.”

Satupatung­gergasidin­osaur dari kaca gentian telah dicuri dari muzium pada 2013 dan kemudian ditemui di dalam rumah seorang lelaki yang menyatakan ia telah diambil sebagai satu gurauan hari jadi, lapor ABC. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Zoo Atlanta menunjukka­n Chantek di Atlanta, Georgia.
GAMBAR serahan Zoo Atlanta menunjukka­n Chantek di Atlanta, Georgia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia