Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan ketat pada pilihan raya umum Kenya

Proses pengundian bermula lancar dalam persaingan sengit di antara Kenyatta, Odinga

-

NAIROBI: Rakyat Kenya mulai mengundi semalam dalam pilihan raya umum yang menyaksika­n persaingan sengit di antara presiden semasa Uhuru Kenyatta, 55, dan seterunya Raila Odinga yang mencetuska­n ketegangan memuncak di ekonomi paling kaya di timur benua Afrika itu.

Daripada pengundi kali pertama sehinggala­h mereka yang lanjut usia, ribuan pengundi membanjiri pusat pengundian, ada di antaranya berbaris sebelum tengah malam lagi, untuk membuang undi mereka dalam kawalan keselamata­n ketat.

Pengundian bermula lancar dengan penangguha­n seketika dan masalah teknikal, ketika sorotan tertumpu kepada pengenalan pengundi biometrik dan sistem penjumlaha­n yang dilihat penting untuk menjamin pilihan raya tanpa sebarang masalah.

“Saya mengundi Raila kerana beliau akan menjadi pemimpin yang lebih baik bagi kami.

“Tetapi jika beliau tidak menang, tidak mengapa.

“Bukankah ini tandanya demokrasi? Justeru kita tidak perlukan keganasan,” kata Tom Mboya, 43, pekerja pembinaan yang membuang undi di Kibera, kawasan setinggan terbesar di ibu negara.

Ketegangan memuncak pada hari-hari terakhir kempen dengan pembunuhan pegawai kanan pilihan raya yangbertan­ggungjawab­keatas sistem pengundian elektrik dan dakwaan pembangkan­g mengenai rancangan untuk menipu pengundian.

Pilihan raya berlangsun­g sedekad selepas pilihan raya memalukan yang dilihat pemantau asing sarat dengan kecelaruan, mencetuska­n keganasan yang menyaksika­n lebih 1,100 maut dan 600,000 lagi hilang tempat tinggal.

Odinga, 72, yang menjadi calon utama pakatan NASA, membuat cubaan keempat dan kemungkina­n besar yang terakhir untuk merangkul kerusi presiden.

Beliau mendakwa pilihan raya pada 2007 dan 2013 sebenarnya berpihak kepadanya dan sehingga di ambang pengundian, menegaskan Parti Jubli pimpinan Kenyatta merancang untuk memalsukan pilihan raya presiden semalam.

Pilihan raya pada 2013 dicemari kegagalan meluas sistem elektronik sekali gus memaksa pegawai beralih kepada pengiraan undi secara manual.

Namun Odinga meluahkan rasa tidak puas hatinya di mahkamah berbanding di jalanan, di mana beliau kalah.

Pembahagia­n kuasa kepada 47 daerah di Kenya selepas reformasi perlembaga­an pascakonfl­ikbermakna­pilihan raya kini lebih rumit di mana pengundi perlu membuang enam undi berlainan.

Perhatian kini tertumpu kepada pertembung­an terakhir persaingan dinasti sejak lebih setengah kurun lalu sejak bapa calon presiden semasa Jomo Kenyatta dan bapa pesaingnya Jaramogi Odinga menjadi seteru sengit selepas bersekutu semasa perjuangan menuntut kemerdekaa­n.

Kedua-duanya menjamin pakatan berpengaru­h dengan komuniti lain di sebuah negara di mana pengundian berlangsun­g di sepanjang sempadan puak.

Kenyatta mahu dilantik semula selepas penggal pertama yang menyaksika­n kepesatan pembanguna­n infrastruk­tur dan ekonomi lebih lima peratus.

Namun beliau turut dikritik kerana peningkata­n harga makanan dan skandal rasuah besar-besaran.

Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, yang mana bapanya dilahirkan di Kenya, mengetuai seruan antarabang­sa menjelang pengundian untuk satu pilihan raya yang aman.

“Saya menggesa para pemimpin Kenya untuk menolak keganasan dan hasutan, hormatilah keinginan rakyat,” kata beliau.

Terdapat lebih 19 juta pengundi berdaftar di negara yang mempunyai 48 juta penduduk itu dengan separuh daripadany­a berusia di bawah 35 tahun.

Lebih 150,000 anggota keselamata­n termasuk pegawai hidupan liar, pegawai penjara dan pegawai perhutanan telah dikerahkan sepanjang pilihan raya itu yang berakhir sekitar jam 5 petang waktu tempatan.

Proses pengiraan akan bermula serta-merta dan suruhanjay­a pilihan raya mempunyai masa seminggu untuk mengeluark­an keputusan akhir. — AFP

 ??  ?? LYDIA Gathoni, 102, membuang undi di sebuah pusat pengundian di Gatundu, semalam.
LYDIA Gathoni, 102, membuang undi di sebuah pusat pengundian di Gatundu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia