Utusan Borneo (Sabah)

Bom dalam trak buah di Lahore, 34 cedera

-

Sebutir bom trak mencederak­an sekurangku­rangnya 34 orang lewat kelmarin di Pakistan, menurut pihak berkuasa, dalam serangan pengeboman terbaharuy­angmenggeg­arkan bandar timur Lahore.

“Bahan letupan telah diletakkan di dalam sebuah trak yang membawa buahbuahan,” menurut Abdullah Khan Sumbal, seorang pegawai tinggi kerajaan di Lahore.

“Sekurang-kurangnya 34 cedera, kebanyakan­nya orang awam yang lalu

LAHORE:

lalang,” menurut Sumbal, sambil menambah bahawa mangsa yang tercedera telah dikejarkan ke dua hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Pihak berkuasa telah melancarka­n satu siasatan bagi menentukan bagaimana dan bila trak tersebut tiba di tempat kejadian, menurut Sumbal.

Jam Sajjad Hussain, jurucakap perkhidmat­an menyelamat, memberitah­u bahawa sekurang-kurangnya tiga daripada mangsa yang tercedera kini dalam keadaan kritikal.

Letupan yang sangat kuat itu turut memusnahka­n sebuah bangunan berhampira­n dan merosakkan beberapa kenderaan, tambah beliau.

Rai Ijaz, pegawai kanan polis di kawasan tersebut, memberitah­u wartawan bahawa letupan telah menyebabka­n satu kawah besar di tempat kejadian.

Letupan berdarah itu berlaku beberapa minggu selepas satu pengeboman yang diakui Taliban Pakistan telah mengorbank­an sekurangku­rangnya 26 orang dan mencederak­an beberapa orang di sebuah pasar sayur di Lahore.

Bandar tersebut telah dilanda oleh serangan militan yang ketara dalam peperangan terhadap ekstremism­e selama lebih sedekad di Pakistan, namun ia semakin berkuranga­n sejak beberapa tahun ini.

Lahore, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira enam juta penduduk, merupakan hab kebudayaan Pakistan dan bandar utama wilayah paling berkuasany­a Punjab. — AFP

 ??  ?? PEGAWAI keselamata­n menjalanka­n siasatan di tempat kejadian susulan letupan bom trak di Lahore, semalam.
PEGAWAI keselamata­n menjalanka­n siasatan di tempat kejadian susulan letupan bom trak di Lahore, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia