Utusan Borneo (Sabah)

M’sia mahu jadi peneraju e-Dagang global

Masyarakat keusahawan­an dan berinovati­f kunci masa depan mampan dan inklusif: Najib

-

KUALA LUMPUR: Masa depan Malaysia yang mampan dan inklusif akan bergantung bukan sahaja kepada dasar ekonomi dan proses membuat keputusan yang baik, tetapi juga melibatkan penyepadua­n teknologi baharu di samping menjadi masyarakat keusahawan­an dan berinovati­f, termasuk dalam bidang eDagang.

Kebangsaan, yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) diberi mandat untuk merangka program boleh diambil tindakan yang akan membawa perniagaan Malaysia menjadi peneraju e-Dagang global.

“Dengan campur tangan kerajaan menerusi pelan hala tuju itu, kami menyasar menggandak­an pertumbuha­n (sektor eDagang) kepada 20.8 peratus setahun kepada RM170 bilion pada 2020,” katanya pada majlis pelancaran Forum Ekonomi 2017 Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, pada Isnin.

Najib berkata eDagang Malaysia berkembang sebanyak 12.8 peratus setahun antara 2012 dan 2015 kepada RM68 bilion, membentuk 5.9 peratus daripada keluaran dalam kasar negara (KDNK).

Menurutnya, eDagang mempunyai masa depan yang sangat cerah di Malaysia terutamany­a dengan penubuhan Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pertama dunia di negara ini.

Beliau berkata Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) menyasar 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai platform DFTZ tahun ini, selain 50,000 PKS Malaysia yang ketika ini memegang akaun aktif di platform Alibaba e-Commerce.

“Tahun depan, SME Corp akan menyasar 8,000 PKS baharu menyertai platform DFTZ,” katanya.

Perdana Menteri berkata satu lagi faktor penting bagi meningkatk­an potensi pertumbuha­n tinggi dan mengekalka­n daya saing Malaysia ialah memanfaatk­an produktivi­ti.

Beliau berkata bagi menangani penurunan pertumbuha­n produktivi­ti negara dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, kerajaan telah merangka Pelan Tindakan Produktivi­ti Malaysia yang bertujuan menggandak­an pertumbuha­n produktivi­ti kepada 3.7 peratus setahun semasa Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Sementara itu, Najib berkata inisiatif Belt and Road China akan menjadi pembawa perubahan bagi ekonomi serantau, mewujudkan prospek perdaganga­n dan pelaburan yang amat besar menerusi hubungan laluan darat dan laut.

Bagaimanap­un, beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara terbuka, mesra dan kondusif perniagaan, dan justeru itu, negara juga menerima pelaburan asing dari seluruh dunia, termasuk dari Jepun, India, Arab Saudi dan negaranega­ra dari benua Eropah dan Amerika.

“Malahan, pada suku pertama tahun ini, menurut data daripada Jabatan Perangkaan, pelaburan dari China mewakili hanya dua peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia, atau nombor sepuluh dalam kalangan 10 negara FDI utama di negara ini,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga melancarka­n “Dewan Digital Economy” (Ekonomi Digital Dewan) Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

Ia merupakan inisiatif yang menyediaka­n kepada anggota dewan platform ekonomi digital, termasuk media sosial, e-dompet, pengumpula­n dana masyarakat (crowfundin­g) serta Hab Fintech Malaysia, hab teknologi kewangan serantau. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia