Utusan Borneo (Sabah)

Kepusatan ASEAN fokus Malaysia Antara ditekankan sempena mesyuarat ke-50 di Manila

-

Kementeria­n Luar, dalam satu kenyataan malam Selasa berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semasa mesyuarat itu telah menekankan kepusatan ASEAN merupakan langkah penting di dalam memacu agenda Pembinaan Komuniti ASEAN ke tahap yang lebih tinggi.

“Negara-negara ASEAN mesti bersuara dengan satu nada di dalam mengetenga­hkan pandangan di dalam pelbagai isu yang menyentuh kepentinga­n bersama.

Ini adalah penting kerana semakin penting kerana semakin banyak negara dan organisasi yang berminat untuk menjalin hubungan kerjasama yang lebih kukuh dengan ASEAN,” kata kenyataan itu.

Anifah sebagaiman­a dipetik dalam kenyataan itu berkata, Malaysia terdorong oleh fakta bahawa ASEAN menerusi Perjanjian Persahabat­an dan Kerjasama ASEAN (TAC) berterusan menarik minat daripada negara-negara di seluruh dunia.

“Dengan lebih banyak rakan yang muncul untuk berunding dengan ASEAN, kita perlu mengendali­kan dengan lebih baik hubungan kerjasama dengan mereka,” beliau disebut sebagai berkata.

Kenyataan itu menerangka­n menteri itu juga melahirkan pentingnya kesalinghu­bungan ASEAN dan menyatakan ia memainkan peranan dalam proses pembinaan komuniti dan hubungan rakyat dengan rakyat.

“Ia memudahkan pembanguna­n rantau ini yang tidak bersempada­n, menerusi integrasi serantau yang dipertingk­at.

“Malaysia menyambut baik usaha memajukan Konsep projek bagi setiap daripada 15 inisiatif di bawah Pelan Induk mengenai Kesalinghu­bungan ASEAN (MPAC) 2025.”

Berhubung Suruhanjay­a Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Anifah gembira isu hak asasi manusia di bawah tanggung jawab AICHR telah mencapai kemajuan dalam beberapa tahun ini.

“Komitmen kukuh kami kepada AICHR dibuktikan menerusi pelaksanaa­n satu lagi inisiatif diterajui Malaysia di bawah naungan AIHCR pada 2017, iaitu Konsultasi Serantau AIHCR tentang Hak mendapatka­n Air Minuman dan Sanitasi Selamat yang akan diadakan pada suku ketiga 2017 di Malaysia,”

Anifah berkata beliau kini boleh dengan bangganya berkata ASEAN telah berjaya mengekalka­n dan meningkatk­an keamanan dan kestabilan di rantau ini, bahkan mengalami perubahan dan mencapai kemajuan lebih daripada apa yang dihasratka­n oleh ASEAN.

Menurut kenyataan itu, Anifah semasa mesyuarat itu telah menyentuh isu Laut ChinaSelat­andanmenek­ankan bahawa adalah penting untuk mendukung perpaduan dan kepusatan ASEAN dalam isu itu, bahkan beliau berkata bahasa yang sesuai dalam isu itu perlu dinyatakan dalam Kenyataan Bersama.

“Secara minimumnya, kita mersti berpegang teguh pada frasa di dalam Kenyataan Bersama ke-49 di Vientiane pada 2016 yang merujuk kepada penambakan, nonmilitar­isation dan kawalan kendiri dalam tatalaku aktiviti,’ katanya.

Beliau berkata tuntutan maritim mestilah berdasar, sertaditan­ganidandis­elesaikan berlandask­an undang-undang antarabang­sa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS 1982)

Mengenai Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan, beliau berkata Malaysia menyambut baik kemuktamad­an rangka kerja COC dan berharap pembentuka­nnya dapat dipercepat.

Kenyataan itu berkata para Menteri Luar ASEAN juga membincang­kan situasi di Semenanjun­g Korea dan Timur Tengah, di mana Malaysia mengulangi hal mustahakny­a menangani isuisu ini secara menyeluruh.

Hasilnya, dua kenyataan dikeluarka­n, iaitu Kenyataan Menteri Luar ASEAN mengenai Perkembang­an di Semenanjun­g Korea dan Kenyataan Menteri Luar ASEAN mengenai Situasi di bumi Al-Haram Al-Sharif. - Bernama KUALA LUMPUR: Kepusatan ASEAN antara isu yang ditekankan Malaysia pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Negara ASEAN ke-50 yang berlangsun­g di Manila, Selasa.

 ??  ?? MENTERI-MENTERI Luar Negara ASEAN bergambar di akhir mesyuarat ke-50 di Manila.
MENTERI-MENTERI Luar Negara ASEAN bergambar di akhir mesyuarat ke-50 di Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia