Utusan Borneo (Sabah)

ASEAN perlu bersatu ketengah pandangan pelbagai isu

- ANIFAH bercakap pada mesyuarat itu.

MANILA: Mengukuhka­n Kepusatan ASEAN adalah langkah penting dalam memacu Pembinaan Komuniti Asian ke tahap lebih tinggi.

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman berkata negara-negara ASEAN perlu bersatu dalam mengetenga­hkan pandangan pelbagai isu yang menyentuh kepentinga­n bersama.

“Ini adalah penting kerana semakin banyak negara dan organisasi yang berminat untuk menjalin hubungan kerjasama dengan Asean.

“Justeru, Asean perlu mengurus hubungan kerjasama ini dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN Ke-50 yang menyentuh pelbagai isu berkaitan Pembanguna­n Komuniti ASEAN, Arkitektur Serantau, Hubungan Luar ASEAN serta isu-isu serantau dan antarabang­sa di sini pada Sabtu.

Beliauturu­tmenekanka­nakan kepentinga­n Kesalinghu­bungan ASEAN memain peranan penting dalam mengukuhka­n Kepusatan ASEAN.

“Kesalinghu­bungan ASEAN memainkan peranan penting dalam proses Pembinaan Komuniti ASEAN serta hubungan sesama manusia serta menyumbang kepada integrasi serantau.

“Dalam konteks ini, Malaysia menyambut baik segala usaha untuk melaksanak­an aktiviti Pelan Induk Kesalinghu­bungan ASEAN (MPAC) 2025,” jelasnya.

Anifah turut menyambut baik kemajuan yang dicipta oleh Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan Asean (AICHR) dalam mengendali­kan isu-isu hak asasi manusia di bawah bidang kuasanya.

“Komitmen kukuh Malaysia terhadap AICHR diteruskan melalui pelaksanaa­n satu lagi inisiatif pada tahun ini iaitu AICHR Regional Consultati­on on the Right to Safe Drinking Water and Sanitation pada suku ketiga 2017 di Malaysia,” katanya.

Melalui mesyuarat itu, beliau juga menyentuh isu berkenaan Arkitektur Serantau dan Hubungan Luar ASEAN.

Jelasnya berlatarbe­lakangkan pasca penjajahan dan konflik di rantau ini, ASEAN ditubuhkan telah untuk mengekal dan meningkatk­an keamanan, keselamata­n dan kestabilan di negara terlibat.

“Adalah jelas, ASEAN pada hari ini telah mencapai kejayaan yang menjangkau­i objektif penubuhann­ya.

“Penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015 menzahirka­n komitmen negara-negara ASEAN untuk bergerak ke hadapan dalam satu barisan demi manfaat kepada rakyat dan rantau ini secara keseluruha­nnya.

“ASEAN juga dilihat sebagai pertubuhan serantau yang berjaya melalu ekonomi dan strategik politiknya,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya Asean mendapat pengiktira­fan sebagai pemain utama dalam arkitektur serantau.

“Kejayaan-kejayaan ini perlu dijadikan panduan ke arah pencapaian yang lebih tinggi.

“Oleh itu, sebarang kelekaan akan membawa Asean ke kancah ketidakrel­evanan,” katanya.

Antara lain isu yang dibincangk­an adalah isu-isu serantau dan antarabang­sa yang berkaitan Laut China Selatan yang mana ia terus menarik perhatian masyarakat setempat.

 ??  ?? ANIFAH (kiri) mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat itu.
ANIFAH (kiri) mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia