Utusan Borneo (Sabah)

SELEKTA PRIMA

-

Seharum Rindu 2 - Mengisahka­n dua kembar, Illana dan Ameera yang berhadapan dengan situasi hampir sama di mana mereka dirawat di hospital dalam masa serentak, atas sebab yang berbeza. Illana yang koma telah ditinggalk­an oleh ibu kandungnya, Kartini kepada pasangan Dato’Amran dan Datin Aini. Begitu juga dengan Ameera yang turut dirawat di hospital sama setelah terlibat dalam kemalangan bersama tunangnya, Helmi. Ameera trauma dengan kejadian yang telah membunuh tunangnya itu. Dalam menjalani proses terapi, masing-masing terpikat dengan Dr. Aiman, doktor yang sama berstatus duda menjaga mereka berdua. Dr. Aiman mempunyai anak tunggal bernama Adam. Illana yang hilang ingatan sebaik sedar dari koma cuba untuk mengingati semula siapa dan dari mana asal usulnya kerana ibu dan bapa angkatnya itu menyembuny­ikan situasi sebenar. PELAKON: Ayu Raudhah, Shiqin Kamal, Shah Iskandar, Erry Putra, Muhammad Ameer Imran Khabar Dari Casablanca - Ikuti perjalanan kisah suami isteri romantis Farhan dan Nadia yang menetap di Casablanca, Maghribi di mana Farhan bekerja sebagai juruterban­g. Mereka kemudianny­a mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsika­n dengan keluarga masing-masing di Malaysia. Farhan merasa sungguh terkejut bila Nadia memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan Farhan tanpa rela terpaksa mengizinka­nnya. Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluargany­a dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat ribut pasir. Nadia menyalahka­n diri sendiri kerana meninggalk­an Farhan dan fikirannya mulai terganggu. PELAKON: Remy Ishak, Uqasha Senrose, Sasqia Dahuri, Riz Amin, Disha, Intan Najuwa, Aida Khalida dan Ahmad Fauzi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia