Utusan Borneo (Sabah)

‘TWD’ lebih berani, lebih zombie dalam musim baharu Okt ini

Musim kelapan bakal temui penonton Oktober ini

-

Rangkaian AMC di Amerika Syarikat menayangka­n treler selama lima minit buat pertama kalinya di San Diego ComicCon yang menunjukka­n ketua kumpulan Saviors, Negan (Jeffrey Dean Morgan) berjalan dengan begitu angkuh sebelum menunjukka­n semua watak-watak penting yang mengangkat senjata mereka dan anggota tentera untuk menjatuhka­nnya buat selamalama­nya.

Terdapat sajian biasa seperti letupan, senapang, pertarunga­n tangan dan zombie dengan kapak membenam ke dalam kepala mereka – dan penampilan singkat yang mengujakan oleh harimau CGI (Imej Janaan Komputer) Raja Ezekiel.

Menariknya, treler itu berakhir dengan versi Rick yang lebih tua dan lebih beruban ketika dia bangun di katil hospital dengan tongkat di sisinya, yang membayangk­an lonjakan ke depan yang besar dalam naratif – atau mungkin sekadar babak mimpi yang dramatik.

Ucapan berapi-api disampaika­n oleh Rick (Andrew Lincoln), Maggie (Lauren Cohan) dan Ezekiel (Khary Payton), mungkin alamat bagi masa depan yang lebih cerah untuk mangsa malapetaka yang dikepung musuh dan terselamat.

“Dengan segalanya yang kita telah tewaskan, segalanya yang kita telah alami, segalanya yang kita sudah atasi, segalanya yang kita telah jadi – tidak kira apa pun yang datang seterusnya – kita sudah menang. Kita sudah menang,” kata Rick.

Pencipta bersama siri Robert Kirkman, lelaki di sebalik komik yang mendasari program itu, berkata dia mengira enam letupan dalam treler itu sahaja.

- Psikopat yang berjalan dengan angkuh “Kita

sudah merancang semua jenis benda yang hebat. Musim kita seterusnya sangat sarat dengan aksi dan bergerak dengan sangat pantas,” katanya dalam Dewan H dengan kapasiti 6,500 orang yang penuh di Pusat Konvensyen San Diego.

Turut menyertai Kirkman dan penerbit eksekutif lain di atas pentas adalah kebanyakan barisan pelakon, termasuk Melissa McBride, Lennie James, Chandler Riggs, Danai Gurira, Lincoln, Morgan, Cohan dan Payton.

Dewan itu disajikan dengan kompilasi momen dari seluruh 99 episode yang sudah ditayangka­n sejak 2010, yang mencetuska­n reaksi yang emosional dari ahli-ahli panel.

“Ini adalah perkara paling menakjubka­n dalam hidup saya. Ia adalah pengalaman paling menakjubka­n,” kata Lincoln, dengan mata yang bergenanga­n dengan air mata.

Morgan ditanya apa yang dia paling suka dan paling tidak suka mengenai Negan yang psikopatik dan berjalan dengan angkuh, yang membunuh musuhnya dengan kayu besbol dipanggil ‘Lucille’ yang diliputi kawat duri.

“Apakah yang saya paling suka mengenainy­a? Saya mendapati dia sangat menghiburk­an. Saya rasa dia memiliki kelucuan yang hebat. Pada zaman gelap sekarang, kelucuan akan membantu kita menempuhny­a,” jawab pelakon berusia 51 tahun itu.

“Apakah yang saya paling tidak suka mengenainy­a? Iaitu dia memakai jaket kulit binatang dalam suhu 120 darjah (49 darjah celsius).”

Sebelum panel bermula, pengendali program Scott M. Gimple memberi penghormat­an kepada pelagak ngeri John Bernecker, yang mati selepas dia terjatuh setinggi 20 kaki (tujuh meter) di set penggambar­an di Georgia pada awal bulan ini.

Terdahulu Dewan H bertafakur seketika untuk Bernecker sewaktu sesi soal jawab bagi siri sampingan

- ‘Lebih berani, lebih berdarah’ -

dijangka kembali dari musim rehat pertengaha­n musim pada 10 September, dan menamatkan musim ketiga pada 15 Oktober, seminggu sebelum sambungan program utama.

Dicipta bersama oleh Kirkman, program sampingan itu berlangsun­g di California dan Mexico dari permulaan apokalips zombie manakala program utama bermula pada tarikh kemudian yang tidak dinyatakan, di Georgia.

Kirkman membayangk­an lintasan yang berpotensi di antara kedua-dua program dan pada waktu yang sama mengakui jurang masa di antara kedua-duanya akan menjadi masalah.

“Ia sebenarnya persoalan mengenai garis masa kerana musim lapan setakat ini berada di hadapan dalam garis masa berbanding musim tiga

katanya. Peminat telah membuat spekulasi dalam talian sejak program sampingan itu bermula bahawa Daryl Dixon, satu watak utama dalam program utama yang dilakonkan oleh Norman Reedus, ada hubungan dengan Madison Clark (Kim Dickens) dari

Kirkman bergurau bahawa pasangan itu mungkin dapat berkomunik­asi menerusi “telefon ajaib”.

Peminat disajikan dengan treler yang menjadi previu bagi lapan episod seterusnya, yang akan “lebih berani, lebih berdarah dan lebih zombie” berbanding selama ini, menurut pengendali program Dave Erickson.

Greg Nicotero, seorang penerbit eksekutif dalam kedua-dua siri dan seorang guru kesan khas yang terkenal, bercerita bagaimana mereka begitu terhutang budi kepada legenda zombie, George Romero, yang meninggal dunia pada 16 Julai pada usia 77 tahun. — AFP

 ??  ?? LENNIE JAMES, CHANDLER RIGGS & DANAI GURIRA.
LENNIE JAMES, CHANDLER RIGGS & DANAI GURIRA.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MELISSA MCBRIDE
MELISSA MCBRIDE
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUSIM BAHARU: Andrew Lincoln (tengah) bersama produser Gale Anne Hurd (kiri), pengarah Greg Nicotero dan Norman Reedus semasa menjawab persoalan media dan peminat di Comic-Con Internatio­nal 2017 di San Diego Convention Center di San Diego, California...
MUSIM BAHARU: Andrew Lincoln (tengah) bersama produser Gale Anne Hurd (kiri), pengarah Greg Nicotero dan Norman Reedus semasa menjawab persoalan media dan peminat di Comic-Con Internatio­nal 2017 di San Diego Convention Center di San Diego, California...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia