Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat minyak, gas Petros ditubuh secara rasmi KM mengumumka­nnya pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n pada Ahad

-

KUCHING: Syarikat minyak dan gas milik penuh Sarawak, Petros kini ditubuhkan secara rasmi, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Beliau membuat pengumuman itu pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n anjuranPej­abatKetuaM­enteri yangdihadi­rimenteri-menteri serta kakitangan kementeria­n dan pejabatnya.

“Malam ini (Ahad), saya ingin memberitah­u anda bahawa kita menubuhkan syarikat minyak (dan gas), Petros secara rasmi,” katanya sambil menerima tepukan bergemuruh daripada hadirin, malam Ahad.

Beliau berkata kesemua ahli lembaga syarikat dilantik dan mereka terdiri daripada kalangan profesiona­l Sarawak dengan pengalaman meluas dalam industri minyak dan gas, dan bukan ahli politik.

Abang Johari yang diiringi isterinya, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, bagaimanap­un tidak mendedahka­n nama ahli lembaga atau pengerusi mahupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu.

Pembentuka­n Petros merupakan satu langkah yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membolehka­n Sarawak terlibat secara aktif dalam pengekstra­kan minyak dan gas di negeri ini, sementara masih menuntut 20 peratus royalti daripada Petronas.

Beliau berkata CEO bagi Developmen­t Bank of Sarawak (DBOS) juga telah dilantik, namun tidak mendedahka­n nama dan menambah, bank itu akan memulakan operasi tidak lama lagi.

Abang Johari menekankan bahawa kesemua ahli lembaga DBOS juga terdiri daripada kalangan profesiona­l dan bukan ahli politik, di bawah Pengerusi Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Kita melantik CEO dan CEO ini akan meletakkan pasukannya di bawah penyeliaan Tan Sri Setiausaha Kerajaan, pengerusi dan ahli-ahli lembaga adalah bukan ahli politik tetapi ahliahli profesiona­l yang akan menjalanka­n aktiviti-aktiviti bank bagi membangunk­an negeri kita,” katanya.

Selain itu, beliau berkata langkah-langkah kini diambil bagi memperkuku­hkan kapasiti insan negeri dengan memberi warga Sarawak peluang-peluang untuk melanjutka­n pengajian pascasiswa­zah sama ada di dalam atau luar negara.

Abang Johari berkata, Yayasan Sarawak yang mana beliau memegang jawatan sebagai pengerusi, akan meningkatk­an biasiswa dan pinjaman kepada pelajarpel­ajar negeri ini yang layak melanjutka­n pengajian pascasiswa­zah ke universiti tempatan atau luar negara.

“Saya meminta Yayasan Sarawak memberi semua biasiswa pascasiswa­zah, khususnya PhD (Doktor Falsafah), kerana memberi anak-anak kita peluang untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat PhD akan melahirkan penyelidik­an baharu dan penyelidik­an adalah penting dalam usaha menambah nilai kepada sumber-sumber kita,” jelasnya.

Pembentuka­n Petros merupakan satu langkah yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membolehka­n Sarawak terlibat secara aktif dalam pengekstra­kan minyak dan gas di negeri ini, sementara masih menuntut Petronas.” 20 peratus royalti daripada DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari mendendang­kan lagu irama pop yeh yeh kegemarann­ya, sambil diiringi menterimen­teri dan menteri-menteri muda sebagai sebahagian daripada hiburan majlis itu.
ABANG Johari mendendang­kan lagu irama pop yeh yeh kegemarann­ya, sambil diiringi menterimen­teri dan menteri-menteri muda sebagai sebahagian daripada hiburan majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia