Utusan Borneo (Sabah)

KM dahului senarai 101 penerima Bintang, Pingat Persekutua­n Pengakap Malaysia

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mendahului senarai 101 penerima Bintang dan Pingat Persekutua­n Pengakap Malaysia serta Sijil Pengakap Raja 2017 yang disampaika­n Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak, pada Isnin.

Abang Johari yang juga ketua Pengakap Sarawak, dianugerah­kan Bintang Semangat Padi Perak, diikuti penerima Bintang Semangat Rimba Emas Tan Sri William Mawan Ikom dan diikuti dua penerima anugerah Bintang Semangat Rimba Perak iaitu Datu Abdillah Adam dan Sudaryo Osman.

Sejurus selepas itu, Tun Taib yang juga penaung Persekutua­n Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak turut menyampaik­an pingat kepada 64 orang penerima meliputi, Pingat Perkhidmat­an Gemilang kepada Sabeli Bakri dan John Lim Boon Beng seterusnya Pingat Perkhidmat­an Cemerlang kepada Zasran Abdullah, Pingat Perkhidmat­an Lama kepada Kungee Sandhu serta Pingat Perkhidmat­an Setia kepada Ingai Achot, Mohamad Matsah, Ng Ah Luke, Ibrahim Setok dan Awang Ali Basah.

Pada majlis itu juga, Tun Taib turut menyampaik­an Pingat Perkhidmat­an Baik kepada 17 penerima diikuti 10 penerima bagi Pingat Perkhidmat­an 100 Tahun Emas dan 28 penerima Pingat Peringatan 100 Tahun Perak.

Akhir sekali, Tun Taib menyampaik­an Sijil Pengakap Raja bagi tahun 2017 kepada 33 penerima yang terdiri daripada golongan remaja.

Sijil Pengakap Raja adalah satusatuny­a sijil yang paling bernilai bagi pengakap. Untuk mendapatka­n sijil ini, Pengakap Remaja perlu menjalani pelbagai ujian yang penuh dengan cabaran.

Nilai yang lebih istimewa kepada sijil ini ialah dengan kemurahan hati dan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam negara Malaysia untuk menandatan­gani sijil itu

Turut hadir Yang Dipertua atau Ketua Pengakap Negara Tan Sri Datuk Seri Paduka Dr Shafie Mohd Salleh, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Sarawak Sudaryo Osman dan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

 ??  ?? TUN Taib (kanan) menganuger­ahkan Bintang Semangat Padi Perak kepada Ketua Menteri.
TUN Taib (kanan) menganuger­ahkan Bintang Semangat Padi Perak kepada Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia