Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak masih mampu pertahan perpaduan

-

SIBU: Rakyat negeri ini mampu hidup dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada sikap rakyatnya sentiasa mengutamak­an perpaduan dalam kehidupan seharian.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata walaupun mempunyai lebih 27 etnik dan kira-kira 60 dielek, rakyat Sarawak masih mampu mempertaha­n perpaduan sehingga hari ini.

Sehubungan itu, Menteri Kewangan Kedua itu menggesa Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Sibu bersama menyumbang ke arah mempromosi budaya hidup bersatu padu dalam kalangan rakyat.

“Kita harus berbangga dengan apa yang dicapai, justeru gerakanJCI­harusmenyu­mbang ke arah perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Ini kerana, JCI kekal konsisten dan berterusan menunjukka­nkeprihati­nan terhadap kebajikan komuniti menerusi sikap sentiasa peka terhadap isu semasa, saling bantu membantu, mempromosi akhlak mulia dan membantu golongan memerlukan.

“Saya mewakili rakyat Sibu dan kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada JCI Sibu termasuk kepada bekas-bekas presiden dan ahli-ahli dengan apa yang mereka sumbangkan kepada komuniti sejak 60 tahun lalu,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-60 JCI Sibu, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan (Adun) Bawang Assan itu berpesan kepada JCI Sibu supaya melakukan apa sahaja aktiviti untuk komuniti dengan penuh komitmen, dedikasi, gigih dan mendapat penglibata­n secara keseluruha­n.

Wong memberi perumpamaa­n seperti suatu proses mendapatka­n seketul batu permata dan harus melalui pelbagai proses rumit seperti mengorek dan memecahkan batu menggunaka­n mesin dan tukul sebelum permata bersinar itu dapat dikeluarka­n.

“Mesej ini sangat jelas jika kamu ingin bersinar seperti batu permata, kamu harus siap sedia menghadapi waktu susah, menempuhi pelbagai kesukaran dan halangan,” katanya.

Majlis berlangsun­g meriah itu diisi dengan pelbagai acara seperti bertakafur dan berdoa seminit mengenang jasa presiden dan ahli JCI Sibu terdahulu, persembaha­n tarian dan sebagainya. Majlisitut­urutdihadi­riPresiden JCI Seoul Songpa (Korea) Kwon Tea Hyun, Presiden JCI Cebu (Filipina) diwakili Ian Anthony T. Osmena, Presiden JCI Lion Rock (Hong Kong) Stephen Wong dan Presiden JCI Tu Cheng (Taiwan) Adam Yu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia