348 kakitangan awam terima Pingat Perkhidmatan Setia
KUCHING: Seramai 348 kakitangan perkhidmatan awam persekutuan dan negeri menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, semalam.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha yang telah berkhidmat selama 31 tahun, mengetuai senarai penerima pada Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Kuching yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.
Turut menerima pingat PPS ialah Pemangku Setiausaha Bandaraya Vincent Ang Cheng Aik, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Rakayah Madon.
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan 53 penerima, mengatasi jumlah penerima daripada jabatan/agensi lain diikuti Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak seramai 46 orang dan seterusnya 39 orang penerima daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan.
Selain itu, 33 penerima daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara, Jabatan Kerja Raya (31), Jabatan Tanah dan Survei (17), Jabatan Hutan dan Jabatan Penerangan masingmasing (15), Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar dan Jabatan Pertanian (masing-masing 13), Jabatan Ketua Menteri (12), Jabatan Laut Malaysia (11), Jabatan Imigresen (10) dan Jabatan Kastam Diraja (9).
Manakala Jabatan Penyiaran & Jabatan Perbendaharaan (masing-masing 6), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan Limbungan Brooke (masing-masing 2).
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal KanakKanak Rosey Yunus, dif-dif kehormat dan ketua-ketua jabatan.