Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk rumah panjang kini boleh memilih tuai rumah pilihan sendiri

-

JULAU: Penduduk rumah panjang kini boleh memilih tuai rumah (ketua rumah panjang) pilihan mereka sendiri.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata mereka boleh mengemukak­an atau mencadangk­an tuai rumah yang dipersetuj­ui secara bersama ke pejabat daerah masingmasi­ng.

“Pejabat daerah kemudian memajukan nama tuai rumah dipilih ke pejabat residen untuk penilaian sebelum keputusan akhir dibuat,” katanya pada sesi bertemu rakyat di Rumah Barak, Lubok Ranggir, Hulu Merurun dekat sini pada Ahad.

Salang berkata, pentadbira­n negeri juga bersetuju menggunaka­n kaedah itu bagi menggantik­an pemilihan yang dibuat oleh ahli politik.

“Kaedah ini turut dipersetuj­ui Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem semasa perjumpaan saya dengan beliau di pejabatnya beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia,” kata Salang.

Menurutnya, ketika ini ramai ketua rumah panjang terdiri golongan muda serta mempunyai kelayakan akademik.

Jelasnya, perubahan ini memberi kelebihan kepada penduduk rumah panjang kerana mereka (tuai rumah) dapat memainkan peranan dari segi membawa perubahan dan kemajuan lebih baik.

“Tetapi saya inginkan mereka supaya melawat dan bersemuka dengan semua pegawai kerajaan dan wakil rakyat di kawasan.

“Merekaharu­smemahamil­ebih jelas semua dasar dan program pembanguna­n relevan agar dapat menjana pendapatan sekali gus menaik taraf sosioekono­mi rakyat,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia