Utusan Borneo (Sabah)

Polis Sarawak terus gempur sarang perjudian “Dalam operasi itu, seramai 35 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM9,685 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan kalkulator pencetak.” dan DATUK DEV KUMAR Ketua Jabatan Siasatan Je

Polis melakukan 34 serbuan dalam tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos lalu, 75 individu berjaya ditahan

-

KUCHING: Polis Sarawak terus menggempur sarang kegiatan judi yang menjalanka­n aktiviti haram itu di negeri ini sepanjang minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya berkata polis telah melakukan 34 serbuan membantera­s aktiviti perjudian dalam tempoh 31 Julai hingga 6 Ogos lalu yang membawa kepada penahanan 75 individu.

Jelasnya, sebanyak 29 serbuan daripada jumlah tersebut adalah terhadap aktiviti loteri (4D) haram.

“Dalam operasi tersebut, seramai 35 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM9,685 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan, kalkulator dan pencetak,” katanya.

Selain judi 4D, polis turut menahan 17 individu kerana terlibat dalam kegiatan judi siber di Miri yang membawa kepada rampasan terhadap 22 unit komputer riba, tablet dan mesin judi termasuk wang RM741.

Menurutnya serbuan turut dijalankan di gelanggang sabung ayam di Sibu Jaya, Sibu yang berjaya menahan 17 individu serta merampas dua ekor ayam hidup.

Antara lain, enam individu ditangkap kerana terlibat dalam perjudian Holo secara terbuka di Dalat.

Beliau menambah, suspek berusia antara 16 hingga 62 tahun itu melibatkan 54 lelaki dan 21 wanita termasuk lima warga asing.

Kesemua yang ditahan disiasat atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan 1962.

Dev berkata berikutan operasi berterusan dijalankan sejak awal tahun, sindiket perjudian di negeri ini hampir dilumpuhka­n.

Katanya premis yang menjalanka­n penjualan 4D haram terus beroperasi walaupun telah beberapa kali diserbu pihak polis.

“Walaupun berdepan cabaran, kami (polis) tidak akan akur dan bertolak ansur terhadap operasi memerangi judi di Sarawak dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? POLIS memeriksa premis yang menjalanka­n operasi penjualan 4D haram.
POLIS memeriksa premis yang menjalanka­n operasi penjualan 4D haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia